Wednesday, August 21, 2013

Minal 'Aidil Wal Faizin 1434H

Allahu akbar, Allahu akbar,
Walillahil hamd....

Belum terlambat lagi rasanya untuk kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya 'Edil Fitri buat semua....

Najmie dah pandai request stokin and jam :)

Tunggu untuk solat Eidilfitri...

Anak-anak buah tersayang (sorang tak cukup)

Kami :)

 'Najm' mama dan baba di raya ke-2 :)

Semoga ada umur bertemu kembali madrasah Ramadhan yang telah berlalu pergi....



Friday, November 9, 2012

Hiburan Mendidik Jiwa

Salam saiyyidul ayyam.
Segala puja puji dirafa'kan ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam buat khatamun nabi SAW... Alhamdulillah Allah masih memberikan nikmat dipanjangkan umur hingga saat ini kita bersua lagi di sini.... Salam Jumaat Mubarakah...

Sekarang masih di musim Dewan Rakyat 'bersemi'.....harus bertahan untuk beberapa ketika lagi sebelum ianya akan berehat untuk beberapa waktu....insya Allah, ada kemudahan, ada kerehatan yang Allah akan iringkan bersamanya nanti....

Justeru saiyyidul ayyam Jumaat menjadi satu hari raya soghir buat diri.... Hari melepas lelah, beroleh kerehatan sedikit berbanding hari-hari bertugas...

Sibuk bekerja, rasanya seperti sudah lama tidak mendengar hiburan mendidik jiwa seperti hobi waktu kecil  menuju remaja dulu bersama kakak tersayang, selalu saja menjadi peminat setia nasyid-nasyid lama...Allah, indahnya saat berpimpin tangan dengan kakakku, melewati celah-celah bangunan kedai Jaafar Rawas di Bandar Kota Bharu mencari album-album baru nasyid hits sebagai pengisian halwa telinga pelengkap tarbiyah buat diri kami..... Kata kakakku, berhibur biarlah dengan hiburan yang mendidik diri juga! Kakak, ku rindu dirimu, tarbiyahmu, nasihat dan segala kebaikan dirimu..... Ghoyah telah membawa dirimu jauh dari diri ini yang selalu dahagakan tarbiyah darimu.....namun lewat bicara di talian selalu membuatkan kita masih selalu mendekat.....

Lagu-lagu nasyid ini setiap satunya terlalu nostalgia, penuh suka duka yang juga terlalu payah untuk luput dari jiwaku. Lagu-lagu nasyid inilah juga yang telah 'mengasuh' dan 'membesarkan' diriku, menemani hari-hariku dan kakak. 

Mendengar kembali nasyid-nasyid ini membawa kembali kenangan saat melihat susahnya ibu ku berjualan bermacam-macam juadah dihantar ke kedai untuk menyara persekolah kami, mengingatkan aku akan abah dan ma yang bangun seawal pukul 3 pagi setiap hari untuk menyiapkan makanan untuk dihantar ke kedai-kedai makan sekitar rumah. Penuh nostalgia, susah payah hidup abah dan ma mencari rezeki menyara kami, aku perhatikan abah dan ma, mereka terlalu taat pada agama. Tiada sekalipun pernah mencuaikan solat, tidak pernah mencuaikan pendidikan agama kepada anak-anaknya meskipun penuh dengan segala kekurangan dan kesusahan. Menitis air mata mengenangkan jasa keduanya.... Paling menyentuh hati, ibuku yang kini sudah hampir 6 tahun menjalani rawatan dialisis, yang dahulu tubuhnya berisi, kini hanya sekurus diriku, kini hanya urat-urat tangan tuanya sahaja timbul, 'gelembung' di pergelangan tangan akibat dialisisnya... Allah syurgalah untuk abah ma ku.....nadi tarbiyah kami adik-beradik....

Jazakillahu khairal jaza' buat Ustazah Norfaezah atas titipan jodoh yang baik untukku satu tika dulu saat masih menjadi anak muridnya cuma antara kami tidak ada jodoh ustazah. Allah sesungguhnya hanya mahu menguji seutuh mana iman dalam dada hamba-Nya yang mengaku beriman kepada-Nya.... Kalam ustazah tetap masih utuh kedengaran di telingaku hingga kini dan aku masih merindukan saat-saat untuk kembali menadah ilmu, bersimpuh bersama-sama teman di hadapanmu...

Kakakku tersayang, saat ku masih kecil terlalu tabah mendepani kedegilan satu-satunya adik perempuan dalam keluarga. Tidak pernah jemu mendoakan diriku dari aku masih tidak boleh membaca al-Quran, membaca jawi walau abah telah mendaftarkan diriku ke Sekolah Ugama Arab (waktu itu), terlalu gigih mengajarku membaca al-Quran, yang banyak berkorban, yang telah mengusahakan segalanya demi adiknya ini, yang telah menjaga aku saat aku terlantar diserang penyakit lelah, mengiringi aku di dalam ambulan, mengorbankan wang persekolahan untuk beri adik-adik, mengorbankan wang pinjaman PTPTN semasa di alam kampus demi memberi wang biaya kepada adik-adik di kampung yang masih bersekolah demi menolong ma dan abah dan segalanya yang tidak tertulis lagi.....Allah, terima kasih kerana menitipkan seorang kakak yang sangat menyantuni adik-adiknya dalam keluargaku, seorang kakak yang mengumpamakan dirinya sebagai lilin, membakar diri sendiri demi memberi orang lain cahaya, rela diri sendiri terbakar asal saja orang lain bahagia dan 'diterangi'. 

Sebaknya mengenangkan itu semua, sedihnya membayangkan segala yang pernah kami lewati. Ya, kami sesungguhnya bukan seperti anak-anak sezaman dengan kami, boleh enjoy dengan belanja dari ibu ayah dan berseronok-seronok dengan kawan-kawan. Kami hanya hidup untuk ibu ayah kami, hari ini sehinggalah kami sudah bekerja, abah dan ma masih segalanya untuk kami. Kebahagiaan merekalah yang selalu kami inginkan, dan akan tetap kami usahakan sehinggalah mereka berdua menutup mata dan tiada bernyawa lagi. Selagi kami Allah beri nafas, kenyang atau lapar abah dan ma, selesa atau tidak ma dan abah menjadi keutamaan kami. Ma dan abah, ucapkan saja apa permintaan yang mahu kami tunai, jika mampu pada kudrat diri, akan kami tunaikan. Cukuplah dulu air mata mereka menitis, bisa kesakitan dan perit yang mereka alami kerana kami....
Mudah-mudahan abah dan ma selalu sihat-sihat sahaja. Kami terlalu sayang pada ma dan abah. Tidak mahu lagi yang pahit-pahit itu berulang. Allah akan selalu jaga ma dan abah, adik man dan adik dzul insya Allah. Layan nasyid nostalgia ini yang telah menyebabkan aku kembali mengimbau segala sejarah silam, menyebabkan air mataku menjadi murah petang saiyyidul ayyam ini.... 

*Allah, payungilah semua insan yang telah berbakti dalam hidup kami dengan payung kasih sayang dan redha-Mu*

Zikra *Cinta Abadi dedikasi buat Ustazah Norfaezah*

Zikra *Ilmu Akhirat

Budimurni *Air Mata Permata dedikasi buat ayahbondaku, kekandaku*

Zikraa *Kasih Ibu Bapa dedikasi buat abah dan ma tersayang*

Wednesday, October 24, 2012

'Eidul Adha: Wangian Bumi Serambi Mekah Semerbak

Alhamdulillah...syukur kepada Allah atas segala curahan nikmat-Nya.
Setelah beberapa tahun kebelakangan ini tidak balik Kelantan di Eidul Adha, tahun ini sampai juga kepada kami, eidul adha yang kami nanti untuk meraikannya bersama seluruh ahli keluarga di Kelantan. Bagaikan kemeriahan menyambut Eidul fitri pula rasanya, semua dapat berkumpul....

Bumi Kelantan yang kucinta, tunggu kepulangan kami.

Kita merancang dan Allah juga merancang. Perancangan Allah lah yang terbaik untuk diri kita. Kami pada mulanya decide untuk tidak balik ke kampung seperti juga tahun-tahun sebelum ini namun last-last minit, tanpa diduga Allah telah aturkan segalanya, Allah telah mempermudah segalanya.

Teringat pula kisah lama setiap kali 'Eiduladha tiba, (paling pahit mungkin). Segalanya masih basah diingatan, masih ingat saat masih menjadi penghuni hutan batu Putrajaya yang penuh nostalgia, pahit manis yang terlakar, semuanya sukar untuk dilupakan. Ianya kekal menjadi cacatan pengembaraan dalam hidup sepanjang hayat. Semoga Allah rahmati sahabat-sahabat yang bersama saat-saat susah melanda di suatu tika dulu, saat menyambut gema takbir 'Eiduladha di Blok C Presint 11 itu..... Semoga diberkati pekerjaan dan perjalanan hidup kita.....

Semoga seluruh keluarga akan selamat di perjalanan malam ni. Allah lindungi perjalan semua, Abang Is dan keluarga, Kak Hayat seluruh keluarga dan kami sekeluarga. Insya Allah semua berkobar-kobar nak meraikan majlis angah nihh..... Allah selamatkan semua.


Eidul Adha 2011
*Baba and Abang Najmie baru balik sembahyang sunat Eidul Adha*
*3 beranak jah duk beraya dumoh, sedih sungguh!*

Ila liqa', maasalamah..... balik kapung dulu semua.... :)

Thursday, October 18, 2012

Selamat Hari Lahir MyDear....


Selamat Hari Lahir Suamiku Mohd Najmuddin bin Haji Abdullah.....
Semoga rahmat dan redha Allah selalu bersamamu kekasihku....
Mama dan Najmie sayang baba sokmo, forever and ever, abadan abadaa......

Ya Rabb,
Berkatilah suamiku atas baiknya dia kepada isterinya dan kepada keluarganya,
Tiada hadiah istimewa dari diri ini.....hanya sekuntum doa yang tetap setia ku panjantkan kepada Allah, mudah-mudahan Dia akan selalu menjagamu habib.....
Mohon ampun dan maafkan kekhilafan dan kesalahan diri yang selalu berbuat salah, seringkali lalai terhadap amanah; amanah sebagai hamba Allah, isteri dan ibu. Ada ketikanya diri ini tidak mampu tunaikan tanggungjawab itu sebaiknya walau telah mencuba sehabis baik......



Buat ibu mertuaku tersayang Hajah Aminah.....ikin sayang ma :)

Terima kasih ma, insan mulia yang telah melahirkan abang, membesarkan abang, mendidik abang dengan solehah dan kasih sayang yang tiada tolak bandingnya. Semoga Allah rahmati ma, pelihara ma dalam 'inayah dan kasih-sayang-Nya selalu.  Sungguh, tiada terbalas segalanya. Ma selalu sebut Senator Mumtaz Md Nawi  (sekarang bukan lagi senator) sebagai qudwah hasanah tetapi ma tak tahu, dalam diam hati ikin mengatakan bahawa MA lah seri kandi, qudwah hasanah, role model yang sangat ikin kagumi dan sayangi.
Allah, rahmati ma ya Allah.......

Ya Allah, kurniakan kami dengan belas kasih sayang dan ihsan-Mu husnul khatimah. Kami hanyalah hamba-Mu yang hina, hamba-Mu yang tidak punya apa-apa selain mengharap redha dan juga kasih sayang-Mu dalam kami meniti hari-hari di dunia ini.....


"RABBANA HAB LANA MIN AZWAJINA WAZURRIYYATINA QURRATA
A'AYUNIN WAJA'ALNA LILMUTTAQINA IMAMA"
And those who say: "Our Lord! Bestow on us from our wives and our offspring
the comfort of our eyes, and make us leaders of the Muttaqun."
(Quraan: Al Furqan.. Ch 25: Ayat 74 )




Tuesday, October 2, 2012

Usrati Jannati

Maha Suci Allah yang maha pemurah terhadap hamba-hamba-Nya, memberikan selautan nikmat dan rahmat-Nya tanpa pernah mungkir menganugerahkannya. Salah satu rahmat dan tanda kasih cinta-Mu ya Rabb adalah mengurniakan ku syurga sebelum syurga di sana...... Rahmati baita zaujiyyah kami.....

Ya Allah
Engkau jadikanlah rumahtangga
Syurga sebelum syurga
Anak-anak cahaya mata
Isteri mengikut kata
...
...
Tuhan
Jadikanlah rumahku masjid mengingatiMu
Sumber ilham dan ilmu
Tempat hiburan dan ketenanganku dan keluargaku

Tetamu yang datang membawa rahmat
Perginya penghapusan dosa

Wahai Tuhan jadikanlah rumahku kerehatanku
Tempat aku mendapat kekuatan jiwa
Tempat aku mengecas bateri jiwaku
Pabilaku keluar rumah kereta perjuanganku bertambah laju

Ya Allah Engkau jadikanlah keluargaku
Tapak perjuanganku
Role model untuk ditiru
Berilah aku kekuatan memimpin diri dan keluargaku

Memimpin masyarakat diharapkan juga
Berilah aku kekuatan iman dan ilmu
Kesihatan dan buah fikiran, kelapangan masa untuk berjuang
Boleh menilai diri baik buruknya

Ya Allah Jadikanlah Engkau Cinta Agungku
Agar seluruh apa yang ada aku korbankan untukmu
Bahkan jiwa ragaku
Dan berilah aku kawan-kawan yang setia
Boleh berjuang bersamaku susah dan senang
Akhir sekali ampunkanlahdosa-dosaku
Dan dosa-dosa keluarga serta seluruhnya....



2008


2009


2010


2011

2012

Habib....... dirimu sangat baik, menjadi pendamping dan sahabat paling qarib buat diri.... Moga kita bercinta hingga Raudhatul Jannah!
Luv u baba.....