Friday, December 26, 2008

Maafkan Saya....

Air mata ini gagal saya tahan.Semakin saya tahan semakin deras dia merempuh tebing kelopak mata.Saya tewas dalam gelora perasaan yang bungkam dalam dada.Terasa bagai mahu pecah dada saya.

Sering kali hujung minggu saya habiskan dengan beristirehat di rumah,mencari sedikit ketenangan dari kelelahan setelah seminggu bekerja.Sangat jarang saya dan suami keluar pada hujung minggu kalau tidak ada urusan dan kerja yang penting hendak diselesaikan.

Minggu ini sempena kelahiran anak buah saya yang hari ini genap 26 hari...Mumtazah.....mak mertua dari kampung sampai,sambil dia ziarah anak-anaknya di KL ini.Yealah,masakan tidak rindu hati tuanya,Hari Raya Aidiladha baru-baru ini kami tidak berkesempatan pulang ke kampung lantaran beban kerja yang masih belum selesai.

Seperti ibu saya,sungguhpun mak mertua saya.......
(entry ini saya biarkan tergantung di sini kerana hati saya tidak mampu lagi untuk menterjemahkan perasaan di dada ke medan maya ini kerana terlalu sebak. Saya akan menyambungnya kembali saat diberi sedikit kekuatan nanti. Maafkan saya)

Wednesday, November 26, 2008

Mawaddah Berseri Di Jambangan Hati

Lafaz puja dan puji tertentu untuk Dia atas segala rahmat dan nikmat pemberian-Nya yang tidak pernah putus walau sekadar sekelip mata.Hanya kalimah syukur dipanjatkan kepada-Nya,segalanya telah selamat kini.Di bawah lembayung rahmat dan redha-Nya,akhirnya apa yang dirancang menjadi kenyataan.Kini, ada ketenangan dan keindahan di taman hati.

Jazakumullahu khairul jaza',ustazah2,ustaz2,sahabat2 yang datang memeriahkan hari bersejarah kami.Terima kasih teristimewa buat Su,atas hadiah istimewa Su sempena majlis pernikahan kami,walau sesaat baru kita bersua,namun kebaikan Su hanya Allah yang mampu membalasnya,kerana sungguh pada kudrat kami,tidak berdaya bagi kami membalas segala yang telah Su berikan.Su armalah berhati besi waja,kepasrahan Su menerima takdir pahit itu bukan bukan kepasrahan yang sebarang,semoga Su dan anak-anak sentiasa dalam perlindungan dan jagaan Allah selalu.

Doakan saya agar menjadi zaujah yang solehah seperti Su,berbakti buat suami hingga akhir hayat dia....Perkahwinan ini adalah amanah berat yang sedang berada di pundak saya.Semoga Allah tidak membiarkan kami sendiri tanpa perhatian dan pertolongan Dia dalam kami meniti hari-hari suram dalam berumah-tangga yang penuh dengan suka dan duka.

Buat ma dan abah,ma dan abah mertua kalian doakan kebahagiaan kami,semoga berkat kalian mengiringi hidup kami di perantauan ini.Jauh dari kalian mengajar kami erti rindu dan tadhiyyah.Kasih sayang kami buat kalian semua di kampung, adik-adik tersayang tiada nihayahnya, sungguh kita jauh di mata tetapi dekat di hati....
Doakan kebahagiaan kami....

Friday, November 14, 2008

Akan Mula Bercuti Esok,Muhasabah Walimatul 'Urus 21 November 2008

Syukur kepada Allah atas nikmat kerehatan yang diberikan ini.Saya akan bercuti mulai esok.Semoga Allah mempermudahkan segala urusan yang tertangguh dan belum selesai di kampung.Kesian dan belas juga rasa hati ini terhadap ibu di kampung.Dalam menanggung kesakitan,berulang alik ke hospital menjalani dialisis 3 kali seminggu,dia semacam tidak mengenal erti penat walau saya tahu dia sebenarnya terlalu letih dan penat.Ibu tidak mempedulikan sakitnya, dia tetap membantu apa yang patut untuk majlis walimah ini,mungkin simpati dan kasih sayangnya yang seluas Sungai Furat itu jauh melangkaui semua bisa kesakitannya.Pada mata seorang ibu,kebahagiaan seorang anak adalah lebih menenangkan hatinya dari memikirkan keafiatan dirinya.Itulah tamsilan yang dapat saya rasakan apabila menatap wajah ibu dan tangan saya menggenggam jari-jemari tuanya yang kasar (tanda bahawa dia pernah bekerja kuat demi memberikan kami kehidupan) waktu dia tidur ketika saya balik kampung lewat minggu lalu.
Ayahanda juga begitu,walau dia sibuk dengan tugas dan kerja di pejabat,tanggungjawabnya kepada kami tidak diabaikan.Balik dari kerja rajin dia pergi edarkan kad walimah kepada sedara jauh dan dekat.Tidak putus-putus menyokong dan mendoakan isterinya yang diuji dengan penyakit.Ya Rabb, syurga untuk mereka berdua,husnul khatimah buat mereka.Jarang sekali dia tidak menemani ibu ke pusat dialisis.Kasih sayang dan ikatan hati antara mereka menjadi tauladan buat kami adik-beradik yang baru ingin membina kehidupan ini.Semuanya adalah iktibar indah buat kami,qudwah hasanah yang menyejukkan hati kami sekeluarga.
Abah dan ma,hati ni rindu untuk kembali ke pangkuan kalian.Menyalami dan mengucup dahi kalian,memohon maaf atas silap dan khilaf diri.Sungguh muhasabah di walimah kali ini,sekalipun kami akan 'meninggalkan' abah dan ma,harus mencurahkan ketaatan kepada suami kami,kalian tetap cahaya di wadi hati kami,yang menyalakan api cinta dan semangat untuk meneruskan kehidupan sementara ini dalam redha dan 'inayah Dia.
Tanpa tarbiyyah dan asuhan kalian kami tidak memiliki apa-apa,sekuntum doa buat kalian yang sangat kami cintai.Semoga panjang umur,beroleh redha dan maghfirah Allah,mendapat husnul khatimah dan segala amalan diterima Dia.

Wednesday, November 12, 2008

Amanah Yang Kian Dilupakan

Dalam ribut tuntutan waajibat yang mendera kehidupan, tidak terasa pantasnya waktu berlalu.Semalam telah berlalu pergi dan saya teringat kata Saidina Ali karamallahu wajhah, beruntunglah orang yang hari ini lbih baik dari semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk daripada semalam.
Alangkah malangnya lagi andai hari ini lebih buruk dari semalam dan tidak pula ada islah padanya.Kehipan adalah medan mehnah.Meniti kedewasaan dan kematangan diri yang kian dekat menuju nihayah kehidupan ini, qarib dengan janji bertemu Dia makin terasa gerun pada janji-janji-Nya.
Bagaikan mimpi saya akan menjejakkan kaki ke alam baru, alam pernikahan yang pada mata manusia awam adalah alam yang penuh keseronokan dan keindahan,antara dua hati akan disatukan dalam lafaz ijab dan kabul.
Terima kasih Tuhan, mempertemukan jodoh saya di alam dunia ini.
Ya, alam yang indah namun penuh dengan tanggungjawab dan amanah yang akan dipersoal di akhirat nanti.
Saya akan menempuhinya sebagai satu muhasabah dan keinsafan buat diri bahawa kehidupan adalah penuh tanggungjawab dan pentaklifan dari Allah yang bukannya untuk dijadikan joke dan 'suka-suka' oleh kebanyakan masyarakat kita hari ini.
Ada satu kali waktu saya sedang mengambil wudhu' di surau opis, ada seorang yang kawan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga, ditegur seseorang,'eh kenapa bontot awak nampak jatuh'...
Saya menggeleng kepala kesal, mengangap hal dalam kelambu (keaiban) yang seharusnya disimpan dijadikan bahan senda gurau,diremehkan sahaja oleh sesetengah kalangan kita.
Larangan syariat dipandang ringan dan sepi.
Mendepani realiti alam perkahwinan yang semakin hampir,saya lebih banyak menyepi, maksud saya tidak begitu beriya-iya menceritakan persiapan dan konsep perkahwinan kami seperti bakal pengantin sekarang,bukan sedikit yang bertanya kepada saya konsep majlis saya dan sebagainya.
Itu bukanlah menjadi perkara pokok dalam majlis ini sungguh pun saya tahu majlis ini Insya Allah hanya sekali seumur hidup saya dan bakal suami serta semestinya harus buat yang terbaik mungkin namun keberkatan dan redha Allah adalah paling penting pada saya.
Sewaktu saya memohon cuti untuk majlis ni,ramai yang melontarkan pertanyaan,saya senaraikan di bawah ini
'kau budak lagi dah nak kawin,pandai masak ke ni, pandai jaga laki'
'kenapa nak kawin muda'
'kenapa tergesa-gesa nak kawin'
Maha suci Allah atas segala rahmatnya, mulut manusia bukan seperti mulut tempayan yang boleh ditutup, mereka bebas berkata apa sahaja namun ingat semua itu akan dipersoal...
Atas taujihat dan tadhiyyah yang panjang akhirnya Allah lorongkan saya memilih jalan ini,bukan saya terburu-buru ataupun mengikut kehendak hati semata, atas musyawwarah dan perbincangan kedua-dua keluarga,ahkhirnya inilah natijahnya.
Kebahagiaan bukan milik manusia tetapi anugerah Allah,kenapa manusia cepat menilai dan menghukum semacam mereka yang menentukan kami akan bahagia atau tidak, semacam bercakap tanpa akidah.
Di atas banyak kesakitan dan kepedihan yang telah saya depani, harap campur tangan Allah yang mentadbir hidup ini tidak akan mengecewakan saya,bantuan rahmat-Nya adalah keperluan yang teramat perlu dalam kehidupan kami hamba dhaif yang tidak mampu dibiarkan hidup sendiri.
Sebagaimana indahnya maksud Doa Pengantin Baru,moga begitulah juga indahnya alam perkahwinan kami ini nanti. Allah satukanlah hati kami kerana cinta dan kasih-Nya,bukan kerana keduniaan semata.Kerana hati adalah miliknya,jadi jangan bolak balikkan hati kami malah jadikan kami untuk saling setia dan saling berkasih sayang demi kasih sayang-Nya.
Barakallahu laka wa baraka alaika, wa jam 'a bainakuma fill khair....
Rabbana hablana min azwajina wazzuriyyatina qurratul'ayun, waja'alna lilimuttaqina imamaa.

Kasihmu Amanahku

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan menginsafkan kita
Perlunya iman dan taqwa meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipatri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah sedanya
Yang terindah
Dilubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama
Suami dan isteri
Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menajdi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri jadilah penawarnya
Sungguh isteri
Rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya
~inteam~

Tuesday, September 23, 2008

Dunia kian menyesakkan dada....

Saat melihat nasib bangsa yang kian sirna, menatap berita di kaca televisyen sering menyesakkan dada, terasa semakin dekat dengan kebenaran janji-janji Allah.Namun mungkinkah kehancuran yang dijanjikan itu adalah diwaktu kita ini masih bernafas, dibumi kita yang tercinta ini.
Secebis doa buat umat Muhammad,walau kami ini beribu tahun jauh dari zaman nabi-Mu,kasihanilah kami,maafkanlah kami,janganlah hukum kami atas dosa-dosa kami.Tuntunlah kami mengikuti ajaran Rasul-Mu yang mulia.

Wednesday, September 17, 2008

Selamat Datang Ke Alam Dunia....


Ahlan Ya Bunayy.....

Abdul Muadz bin Abdul Fatah....

Jadi anak soleh

Ahli fitrah penyeri baita zaujiyyah

jannatan 'ajilah

al aulad qurratul 'ayun...



Tuesday, September 16, 2008

Melepas Rindu


Puas dan lapangnya rasa hati ini dapat pulang ke kampung halaman,menyalami kedua tangan ayah dan bonda. Semua itu adalah 'rindu' saya. Mendengar gelak tawa anak-anak buah tersayang, terasa jiwa ini tenggelam dalam nikmat kasih cinta Ilahi, betapa kasih sayang juga adalah anugerah pemberian Dia.



"Kakak" Tetap Di Hati

Semalam bercakap dengan K.hayat lewat di hujung talian. Bertanya khabar dan cerita keluarganya. Lambat dia sampaikan cerita mengenai anak buah saya yang jauh hati dengan saya, mungkin kecil hati dengan saya. Mereka di Ipoh, menyukarkan saya untuk selalu menziarahi mereka walau hati ini rindu sebenarnya. Harap kakak (panggilan manja anak buah saya) sudi meaafkan ssaya. Dia berkecil hati kerana saya tidak dapat belanja dia makan tetapi sebaliknya belanja anak biras saya makan KFC.
Walau masa kekadang membunuh kemesraan dan ingatan untuk yang tersayang namun selagi kita mahu mencari ruang waktu, Insya Allah kita mampu ubah suasana itu. Kata k.hayat jangan ambil hati dengan kakak. Budak-budak…mungkin dia sunyi dan ingin mencuri perhatian mak ciknya ini yang selalu sibuk. Semoga anak-anak buah mak uda tidak kecil hati, mak uda sayang anak-anak buah mak uda. Cuma jarak yang menjauhkan kita.
Kakak tentu ingat lagikan waktu Ma Tok masuk wad, waktu kakak balik bercuti umah Ma Tok, sebab kakak temankan mak uda di hospital jaga Ma Tok, mak uda belanja kakak makan Mc Donald. Seronokkan masa tu…
Semalam mama bagitahu mak uda yang kakak nak hadiahkan mak uda sesuatukan. Mama dah bagitahu mak uda dulu sebelum kakak bagitahu mak uda, mak uda terharu. Mak uda janji mak uda belanja kakak lagi nanti, belikan apa yang kakak nak nanti. Insya Allah, masanya akan tiba. Mak uda rindu cerita-cerita kakak.
Kakak tahu tak, mak uda ada banyak kenangan yang menyedihkan waktu kecil-kecil dulu. Mak uda tidak seperti kanak-kanak sebaya mak uda. Mak uda tidak mahu apa yang mak uda alami waktu kecil dulu kakak rasakan sama. Mak uda dah janji dengan diri mak uda, akan bahagiakan anak-anak buah mak uda. Cukuplah kesedihan dan keperitan yang mak uda alami waktu kecil dulu tu mengajar mak uda, menjadikan jiwa mak uda untuk lebih menyayangi. Betapa kesakitan itu mengajar erti kematangan.
Ingat tak kakak, waktu kita ke Giant dekat dengan Uitm Merbok tu, waktu mak uda belajar di sana. Wana nangis nak beli beg bear warna pink, kita tak kasi dia beli. Dia nangis depan beg tu. Mak Uda dukung dia. Kesian Wana kan. Key chain yang kakak hadiahkan mak uda dulu pun masih mak uda simpan, terima kasih untuk hadiah frame gambar yang cantik kakak hadiahkan untuk mak uda.Mak uda hargai apa yang kakak hadiahkan. Bahagia menyayangi kalian. Bersama jiwa kalian yang fitrah, mak uda pernah terfikir sejenak, anak-anak kecil seperti kalian mengapa wajar disisihkan.
Kehidupan ini pahit.. tidak semua yang manis di mata kakak baik untuk kakak. Kadang-kadang yang susah dan pahit tu baik untuk kakak. Kakak tunggu mak uda tau, belanja kakak k. Kita beli key chain ke apa-apa yang kakak nak. Mak uda takkan kecewakan kakak lagi.
Mak uda tidak mahu segala yang berlaku akan menyebabkan kasih sayang kakak terhadap mak uda akan berubah lantaran kakak terasa hati dengan mak uda. Maafkan mak uda ye sayang. Hakikat yang mak uda rasakan ini adalah kifarah tarbiyah daripada Allah yang sengaja Allah timpakan dalam hidup kita semua. Jangan kakak kenang semua kesedihan kakak pada masa lalu.
Itu semua ujian yang akan mematangkan jiwa dan fikiran kakak. Percayalah bahawa tiada manusia yang besar tidak pernah kecil atau akan selalu kecil.
Yang kecil akan besar dan yang besar akan pergi dan mati. Jangan selalu rasa kecewa. Nanti ia menjadi beban dalam hidupmu sayang. Kekecewaan itu baik untuk memberikan kita rasa insaf dan sedar. Selebihnya hanyalah merosakkan kehidupan kita kakak.
Kakak mungkin masih sukar untuk memahami hakikat kehidupan yang mak uda ceritakan ini namun satu hari nanti mak uda percaya yang kakak akan faham apa yang mak uda tulis ini. Realiti kehidupan dunia yang banyak menenggelamkan manusia dalam lautan mehnah yang tidak bertepi. Justeru berpegang teguh kepada tali Allah merupakan kunci kejayaan hidup di dunia dan juga kehidupan di akhirat.