Tuesday, September 16, 2008

"Kakak" Tetap Di Hati

Semalam bercakap dengan K.hayat lewat di hujung talian. Bertanya khabar dan cerita keluarganya. Lambat dia sampaikan cerita mengenai anak buah saya yang jauh hati dengan saya, mungkin kecil hati dengan saya. Mereka di Ipoh, menyukarkan saya untuk selalu menziarahi mereka walau hati ini rindu sebenarnya. Harap kakak (panggilan manja anak buah saya) sudi meaafkan ssaya. Dia berkecil hati kerana saya tidak dapat belanja dia makan tetapi sebaliknya belanja anak biras saya makan KFC.
Walau masa kekadang membunuh kemesraan dan ingatan untuk yang tersayang namun selagi kita mahu mencari ruang waktu, Insya Allah kita mampu ubah suasana itu. Kata k.hayat jangan ambil hati dengan kakak. Budak-budak…mungkin dia sunyi dan ingin mencuri perhatian mak ciknya ini yang selalu sibuk. Semoga anak-anak buah mak uda tidak kecil hati, mak uda sayang anak-anak buah mak uda. Cuma jarak yang menjauhkan kita.
Kakak tentu ingat lagikan waktu Ma Tok masuk wad, waktu kakak balik bercuti umah Ma Tok, sebab kakak temankan mak uda di hospital jaga Ma Tok, mak uda belanja kakak makan Mc Donald. Seronokkan masa tu…
Semalam mama bagitahu mak uda yang kakak nak hadiahkan mak uda sesuatukan. Mama dah bagitahu mak uda dulu sebelum kakak bagitahu mak uda, mak uda terharu. Mak uda janji mak uda belanja kakak lagi nanti, belikan apa yang kakak nak nanti. Insya Allah, masanya akan tiba. Mak uda rindu cerita-cerita kakak.
Kakak tahu tak, mak uda ada banyak kenangan yang menyedihkan waktu kecil-kecil dulu. Mak uda tidak seperti kanak-kanak sebaya mak uda. Mak uda tidak mahu apa yang mak uda alami waktu kecil dulu kakak rasakan sama. Mak uda dah janji dengan diri mak uda, akan bahagiakan anak-anak buah mak uda. Cukuplah kesedihan dan keperitan yang mak uda alami waktu kecil dulu tu mengajar mak uda, menjadikan jiwa mak uda untuk lebih menyayangi. Betapa kesakitan itu mengajar erti kematangan.
Ingat tak kakak, waktu kita ke Giant dekat dengan Uitm Merbok tu, waktu mak uda belajar di sana. Wana nangis nak beli beg bear warna pink, kita tak kasi dia beli. Dia nangis depan beg tu. Mak Uda dukung dia. Kesian Wana kan. Key chain yang kakak hadiahkan mak uda dulu pun masih mak uda simpan, terima kasih untuk hadiah frame gambar yang cantik kakak hadiahkan untuk mak uda.Mak uda hargai apa yang kakak hadiahkan. Bahagia menyayangi kalian. Bersama jiwa kalian yang fitrah, mak uda pernah terfikir sejenak, anak-anak kecil seperti kalian mengapa wajar disisihkan.
Kehidupan ini pahit.. tidak semua yang manis di mata kakak baik untuk kakak. Kadang-kadang yang susah dan pahit tu baik untuk kakak. Kakak tunggu mak uda tau, belanja kakak k. Kita beli key chain ke apa-apa yang kakak nak. Mak uda takkan kecewakan kakak lagi.
Mak uda tidak mahu segala yang berlaku akan menyebabkan kasih sayang kakak terhadap mak uda akan berubah lantaran kakak terasa hati dengan mak uda. Maafkan mak uda ye sayang. Hakikat yang mak uda rasakan ini adalah kifarah tarbiyah daripada Allah yang sengaja Allah timpakan dalam hidup kita semua. Jangan kakak kenang semua kesedihan kakak pada masa lalu.
Itu semua ujian yang akan mematangkan jiwa dan fikiran kakak. Percayalah bahawa tiada manusia yang besar tidak pernah kecil atau akan selalu kecil.
Yang kecil akan besar dan yang besar akan pergi dan mati. Jangan selalu rasa kecewa. Nanti ia menjadi beban dalam hidupmu sayang. Kekecewaan itu baik untuk memberikan kita rasa insaf dan sedar. Selebihnya hanyalah merosakkan kehidupan kita kakak.
Kakak mungkin masih sukar untuk memahami hakikat kehidupan yang mak uda ceritakan ini namun satu hari nanti mak uda percaya yang kakak akan faham apa yang mak uda tulis ini. Realiti kehidupan dunia yang banyak menenggelamkan manusia dalam lautan mehnah yang tidak bertepi. Justeru berpegang teguh kepada tali Allah merupakan kunci kejayaan hidup di dunia dan juga kehidupan di akhirat.

No comments: