Wednesday, November 12, 2008

Amanah Yang Kian Dilupakan

Dalam ribut tuntutan waajibat yang mendera kehidupan, tidak terasa pantasnya waktu berlalu.Semalam telah berlalu pergi dan saya teringat kata Saidina Ali karamallahu wajhah, beruntunglah orang yang hari ini lbih baik dari semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk daripada semalam.
Alangkah malangnya lagi andai hari ini lebih buruk dari semalam dan tidak pula ada islah padanya.Kehipan adalah medan mehnah.Meniti kedewasaan dan kematangan diri yang kian dekat menuju nihayah kehidupan ini, qarib dengan janji bertemu Dia makin terasa gerun pada janji-janji-Nya.
Bagaikan mimpi saya akan menjejakkan kaki ke alam baru, alam pernikahan yang pada mata manusia awam adalah alam yang penuh keseronokan dan keindahan,antara dua hati akan disatukan dalam lafaz ijab dan kabul.
Terima kasih Tuhan, mempertemukan jodoh saya di alam dunia ini.
Ya, alam yang indah namun penuh dengan tanggungjawab dan amanah yang akan dipersoal di akhirat nanti.
Saya akan menempuhinya sebagai satu muhasabah dan keinsafan buat diri bahawa kehidupan adalah penuh tanggungjawab dan pentaklifan dari Allah yang bukannya untuk dijadikan joke dan 'suka-suka' oleh kebanyakan masyarakat kita hari ini.
Ada satu kali waktu saya sedang mengambil wudhu' di surau opis, ada seorang yang kawan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga, ditegur seseorang,'eh kenapa bontot awak nampak jatuh'...
Saya menggeleng kepala kesal, mengangap hal dalam kelambu (keaiban) yang seharusnya disimpan dijadikan bahan senda gurau,diremehkan sahaja oleh sesetengah kalangan kita.
Larangan syariat dipandang ringan dan sepi.
Mendepani realiti alam perkahwinan yang semakin hampir,saya lebih banyak menyepi, maksud saya tidak begitu beriya-iya menceritakan persiapan dan konsep perkahwinan kami seperti bakal pengantin sekarang,bukan sedikit yang bertanya kepada saya konsep majlis saya dan sebagainya.
Itu bukanlah menjadi perkara pokok dalam majlis ini sungguh pun saya tahu majlis ini Insya Allah hanya sekali seumur hidup saya dan bakal suami serta semestinya harus buat yang terbaik mungkin namun keberkatan dan redha Allah adalah paling penting pada saya.
Sewaktu saya memohon cuti untuk majlis ni,ramai yang melontarkan pertanyaan,saya senaraikan di bawah ini
'kau budak lagi dah nak kawin,pandai masak ke ni, pandai jaga laki'
'kenapa nak kawin muda'
'kenapa tergesa-gesa nak kawin'
Maha suci Allah atas segala rahmatnya, mulut manusia bukan seperti mulut tempayan yang boleh ditutup, mereka bebas berkata apa sahaja namun ingat semua itu akan dipersoal...
Atas taujihat dan tadhiyyah yang panjang akhirnya Allah lorongkan saya memilih jalan ini,bukan saya terburu-buru ataupun mengikut kehendak hati semata, atas musyawwarah dan perbincangan kedua-dua keluarga,ahkhirnya inilah natijahnya.
Kebahagiaan bukan milik manusia tetapi anugerah Allah,kenapa manusia cepat menilai dan menghukum semacam mereka yang menentukan kami akan bahagia atau tidak, semacam bercakap tanpa akidah.
Di atas banyak kesakitan dan kepedihan yang telah saya depani, harap campur tangan Allah yang mentadbir hidup ini tidak akan mengecewakan saya,bantuan rahmat-Nya adalah keperluan yang teramat perlu dalam kehidupan kami hamba dhaif yang tidak mampu dibiarkan hidup sendiri.
Sebagaimana indahnya maksud Doa Pengantin Baru,moga begitulah juga indahnya alam perkahwinan kami ini nanti. Allah satukanlah hati kami kerana cinta dan kasih-Nya,bukan kerana keduniaan semata.Kerana hati adalah miliknya,jadi jangan bolak balikkan hati kami malah jadikan kami untuk saling setia dan saling berkasih sayang demi kasih sayang-Nya.
Barakallahu laka wa baraka alaika, wa jam 'a bainakuma fill khair....
Rabbana hablana min azwajina wazzuriyyatina qurratul'ayun, waja'alna lilimuttaqina imamaa.

No comments: