Sunday, September 26, 2010

Tafakur sebelum ibadah tidur....

Anakanda Najmie sudah lena dibuai mimpi...semoga mimpi yang indah-indah sahaja...

Alhamdulillah....penat sungguh rasa tubuh. Habib dan Najmie sudah lama dibuai mimpi. Penat barangkali. Hari ni kak Hayat buat rumah terbuka,tapi kami tak dapat datang kerana habib ada program di sekolah. Sedih juga di hati,sudah la hari raya lalu,kak Hayat tidak dapat berhari raya bersama kami di kampung laman,rumahnya pula kami tidak dapat datang.

Maafkan saya juga kak noly,nurul asma coz tidak dapat datang jemputan rumah terbuka antum lantaran masalah kesihatan yg meruncing akhir-akhir ini.

Salam rindu dari jauh kami titipkan buat kak Hayat sekeluarga. Rindu pada mahmudahmu,rindu kalam dan penamu..lama sungguh tarbiyyahmu tidak kukutip...sungguh masa telah merubah segalanya.

Namun semoga hati kita berpadu rapat di bawah lembayung rahmat dan ri'ayah Ilahi. Sampai masanya,kembali kita bertemu....

1 comment:

kuli al-khaliq said...

salam rindu kt k.nik..Rindu pada mahmudahmu,rindu kalam dan penamu..lama sungguh tarbiyyahmu tidak kukutip...sungguh masa telah merubah segalanya.hehe..
sungguh..sy amat merinduimu