Thursday, December 8, 2011

Pergi Tak Kembali - Kekanda Nik Mohd Azahari Dalam Kenangan

"Langit kirmizi pada petang itu, menghantar pulang seorang hamba hina di sisi Tuhannya".


1 Ramadhan tahun ini menjadi tahun yang sangat menyedihkan buat kami sekeluarga. Pemergian kekanda tersayang tidak akan kembali lagi. Saya redha dan terima seikhlasnya pemergian dia. Janji Allah itu benar, kematian itu benar!


Abang sulung saya telah meninggal dunia. Sedih di hati ini. Selalu terbayang di ruang mata kenangan dulu-dulu.


Abang yang baik hati, abang yang sabar, abang yang suka memasak menu-menu best, abang yang suka belanja burger kat pasar malam, abang yang rajin hantar dan ambil dari sekolah, rajin belanja dan belikan topup.


Arwah pergi pada malam 1 Ramadhan, pukul 1 pagi. Dalam pukul 11.00 malam dia mula sesak nafas, tetiba sahaja dia sesak nafas. Dalam nafas yang makin payah, saya dari dalam bilik mendengar dia memanggil ma. Abah sudah lena. Dia terbaring kat ruang tamu sambil mengurut-ngurut dadanya.


Kata ma, dia memang selalu sesak nafas sejak awal tahun ni tetapi biasanya akan hilang lepas ma urut dan sapukan minyak kat dada dia. Pastu biasanya dia sesak nafas awal dinihari, pukul 2, 3 pagi. Dekat-dekat subuh, baru dia dapat lelap. Katanya dada dia dah ok nak dekat subuh. Kesiannya dia...


Tetapi pada malam pemergiannya itu, dia sakit dada awal malam. Sebelum tu, waktu bebuka dia tidak menunjukkan sebarang perubahan. Cuma saya perasan wajahnya sangat putih dan jernih. Air mukanya lain sekali. Saya tegur dia cakap mukanya putih, dia senyum kat saya. Senyuman terakhir dari abangku yang tetap menjadi kerinduan.


Kebetulan, saya dan suami baru sampai petang itu dari KL. Saya memang sudah berniat nak sambut awal Ramadhan dengan ma dan abah. Saya teringatkan ma yang sakit. Kesian orang tua, sunyi tanpa anak-anak bersama menikmati juadah berbuka seperti dulu-dulu waktu kami adik-beradik masih memeriahkan dan meng'kecoh'kan rumah abah.


Namun sungguh tak sangka, sungguh saya tak duga kepulangan kali ni adalah untuk bertemu arwah abang buat kali terakhir. Saya benar-benar terasa kehilangan dia.


Melihat keadaan abang yang semakin lemah dan nafasnya makin payah, adik Man telefon ambulan. Mulanya nak bawa sendiri ke hospital tapi abang mula tak sedarkan diri, macam mana nak papah dia masuk kereta. Sebagaimana kisah Ustaz Asri Ibrahim(Rabbani), ambulan lambat tiba. Adik Man telefon dalam pukul 11.50 malam tetapi lebih kurang pukul 12.30 baru ambulan sampai.


Sementara menanti ambulan sampai, saya tak putus-putus membisikkan kalimah syahadah ke telinganya. Berkali-kali dan berulang-ulang saya membisikkan kepadanya. Saya begilir-gilir dengan abah membisikkan ke telinganya. Ma urut lagi dadanya.


Waktu tu, dia sudah tidak sedar. Matanya terbuka dan tertutup. Nafasnya sudah tidak teratur lagi. Anak matanya seperti melihat sesuatu, dari kanan ke kiri, dari bawah ke atas. Saya melihatnya dan saya terus mengajar dia kalimah syahadah tanpa henti. Ada sekali tu, tangan dia seperti mahu mencapai sesuatu, saya pegang dan genggam tangan abang. Sejuk dan berpeluh.


Di dahi abang, peluh terus membasahinya. Perlahan-lahan nafasnya mula reda dan tenang. Akhirnya perlahan-lahan desah nafasnya berhenti......................matanya sudah kaku...
Air mata merembes keluar tidak dapat ditahan-tahan lagi...dada saya berombak-ombak.........
Ambulan baru tiba.....saya yakin arwah abang sudah tidak ada....dia telah meninggalkan kami dalam sejuta kesedihan dan kenangan.....tetapi tubuh kaku itu dibawa juga ke hospital....

Sedihnya......Allahu Allah.......
Abang, segala jasa dan peribadi luhurnya menyukarkan air mata kami dari berhenti....pedih dan pilu, abangku yang sangat soleh itu sudah meninggalkan kami selama-lamanya....terbayang depan mata saya tampang tubuhnya menunggu saya di depan pagar sekolah, ternampak-nampak gelak tawanya, terngiang-ngiang suaranya sewaktu berbuka puasa petang tadi.....Allahu Akbar! Janji-Mu pasti!

Istirehatlah abang di sana....ma tersenyum dalam linangan air mata.....anak sulung lelaki yang banyak menjaga dan berbakti menjaga ma di hospital dulu telah kembali pada Allah hari ini......ma doakan syurga untuk abang!

Abang, maafkan kakak.....kakak banyak salah pada abang.....semoga abang bahagia di sisi-Nya.....sampai hari kita bertemu di sana....segala kesakitan, pengorbanan abang ma doakan Allah berikan syurga untuk abang.....

Abang.....kami rindu!






Thursday, November 17, 2011

Habib...Temaniku Hingga Syurga-Nya

Lekasnya waktu berputar.... indahnya hari semalam jadi kenangan yg kukuh terpahat di wadi hati yang paling dalam.... Terima kasih habib temani diriku, insan dhaif yang punya sejuta kelemahan..semuanya jadi sempurna saat berada di sampingmu habib....

Menitis air mata, tersedar betapa bertuahnya takdirku menjadi zaujahmu...terkadang mazmumah menang...lupanya daku pada mahmudahmu yang indah itu....kenangan lama menjadi takzir, kembali mengingatkan dan menguatkan diri dan hati...baik dan halusnya budimu hubby...kenangan lama lekas terbayang....
~dari mula saat lafaz sakinah, bermulalah detik manis menjadi suri hidupmu, dijaga saat susah payah mengandung sehingga selamat melahirkan permata hati...menjaga isteri dan anak kecil semua hanya sendiri dengan pengalaman secebis cuma
~syahdunya hati mengingatkan kembali saat habib sanggup bercuti menjaga diri saat berpantang di kampung, mengurus kendiri isteri, menyuap makan isteri...ku sentuh jari jemarimu habib yg kasar....hiba hati, tangan yg dahulunya lembut kini kasar...kasar sbg bukti berbakti....
~tidak pernah sekali pun membiarkan isteri menyalin lampin dan membuat susu anak di malam hari...tubuhnya yang tersangat penat dipaksa juga bangun melakukan segalanya sendiri...
~tidak pernah letih dan jemu tunjuk ajar dan tuntun isteri....

Kebaikan dan kasih sayang yang tercurah, dengan apakah aku mahu membayar segalanya... hanya ada sekuntum doa yang sentiasa mekar di jambangan...

Allah pelihara suamiku, panjangkan umurnya, berikan dia keafiatan selalu, rahmati dia...mudahkan segala urusannya...

Habib....kau kekasihku di dunia hingga Syurga sana......


Syukran suamiku atas segalanya

Kesayangan mama fid dunya wal akhirah


Moga kasih cinta kita hingga syurga-Nya.....

Tuesday, October 25, 2011

Oktober Penuh Wangian Kenangan



Lama tidak singgah di sini.....sunyi dan bersawang, alhamdulillah jambangan kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT mentakdirkan pertemuan dan kelapangan untuk menulis lagi, walau kalamnya sudah tidak selincah dulu namun alhamdulillah, thank you Allah, maha besar, maha luas rahmat dan hidayah-Mu. Pada sisi kemampuan seorang hamba yang dhaif, secebis rahmat-Mu terlalu besar ertinya Tuhanku!......

Oktober datang lagi....
Selamat hari lahir habib, selamat hari lahir buat diriku jua.....tua dah diri ini...tapi macam tidak percaya,pantas waktu berlalu....sudah cukupkah  bekalan untuk di bawa pulang ke sana....sangat sedikit ya Allah pada usia yang Engkau kurniakan ini aku melakukan ketaatan kepada-Mu...moga dosa-dosaku sebanyak buih di lautan itu Engkau ampunkan....


Di hari lahir ini, tidak ada sambutan hari lahir yang meriah dengan parti-parti dan hadiah-hadiah yang hebat....cuma ada, sekeping hati yang syukur...susuk tubuh yang setia membilang biji-biji tasbih di atas sejadah lusuh, hati meraikan hari yang kian singkat bertemu Dia....sayunya....

Allah, kurniakan kami ketaqwaan dan keimanan yang jitu kepada-Mu. Kami lemah dan lemas merentasi arus kehidupan yang tidak menentu. Thabatkan hati kami, redhakanlah dan berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan untuk keluarga kami, jadikanlah anak-anak kami penyejuk mata, penawar di hati, anak-anak soleh yang akan mendoakan kami.....

Rahmati kami!

Thursday, September 8, 2011

Salam 'Eid Mubarak 1432H

Salam Syawal 1432H

Berlalu sudah bulan Ramadhan yang mulia bersama rindu dan tangisan dari para ahli ibadah dan pencintanya.
Fajar Syawal yang gemilang muncul, hari mengungkapkan lafaz puja dan puji, zikir dan tahmid membesar dan mengagungkan Allah atas anugerah hari kemenangan yang dikurniakan kepada orang-orang beriman. Hari meraikan kemenangan mujahadah selama sebulan, hari konvokesyen setelah berpenat lelah di Universiti Ramadhan....Allahu akbar, Allahu akbar!

Selamat hari raya buat semua, maaf lahir dan batin.

Thursday, August 18, 2011

2 Tabiat Bawa Ke Neraka

Awwal kalam, segala puja dan puji untuk Allah, selawat dan salam buat Junjungan SAW serta seluruh ahli keluarga Baginda.
Sedikit tazkirah dan perkongsian buat semua. Bersama mengutip pengiktibaran darinya dan insya-Allah sama-sama kita praktikkan.

Sebagai peringatan untuk para wanita, muslimah mukminah dipaparkan satu peristiwa di suatu Eid di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda SAW bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana dan memberi salam lalu memberi tazkirah seperti berikut;

"Assalamualaikum, wahai kaum wanita/kumpulan wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?" Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka Allah, itulah;
(i) Kamu banyak mengutuk/menyumpah
(ii) Kamu kufurkan kebaikan suamimu.

Kemudian Baginda SAW mengingatkan supaya;
(i) Banyak beristighfar
(ii) Banyak bersedekah.

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa yang dimaksudkan dengan mengutuk/mnyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas tetapi bas masih tidak kunjung tiba. Lalu akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "driver bas ni dah mampus agaknya". Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah. (Waiiya zdubillahimin zalik)

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata, "celaka punya gas. Masa ni juga la nak habis". Apa yang dimaksudkan di sini bukan kufur i'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham. Rasulullah SAW berkata, "Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri jika seumur hidup engkau berbuat baik kepadanya tetapi di suatu ketika disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata, "Awak ni, saya tak nampak satu pun kebaikan awak".

Dalam realiti masyarakat kita kata-kata dia atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut;

"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat? Tak guna sesen pun".

Rasulullah SAW menyambung lagi, "Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tidak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugurlah pahala-pahala amalannya". Masya Allah. Doakanlah kepada Allah, minta kita terpelihara dari menjadi isteri yang kufur dengan kebaikan-kebaikan dan jasa-jasa suami kepada kita dan keluarga. Walau suami tiada berharta, mampu menyara kita sekeluarga seada gajinya sahaja, tiada bermewah-mewah, tetaplah bersyukur! Bimbang-bimbang kita termasuk dalam kalangan wanita yang menghuni neraka Allah atas kekufuran kita itu!

Justeru, Baginda SAW menyarankan kepada kaum wanita agar perbanyakkanlah beristighfar, dan banyakkan bersedekah, bawalah diri kepada Allah, kembali insafi diri sebelum mulut laju menuturkan kalimah mengutuk dan menyumpah. lazimkanlah diri dengan kalimah istighfar ini. Mudah-mudahan ianya mengkaffarat dosa-dosa kita lantas menyelamatkan kita daripada terjerumus ke dalam api neraka Allah, yang azabnya terlalu pedih lagi tidak sanggup dihadapi.

p/s: Tazkir buat diri zaujah Ustaz Najmuddin bin Haji Abdullah juga!



Wednesday, August 3, 2011

Tazkir Buat Diri




Sewaktu Rasulullah SAW melangkah ke mimbar, para sahabat mendengar Nabi SAW mengucapkan amin beberapa kali, tetapi mereka tidak mendengar doa yang diaminkan oleh Rasulullah itu. Perkara yang diaminkan oleh Nabi, doa yang dibaca oleh para malaikat iaitu;

1. Celakalah orang yang tidak mendapat pengampunan Allah setelah berakhirnya bulan Ramadhan. Ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan Maghfirah yang dijanjikan keampunan oleh Allah kepada hamba-hambaNya. Celakalah bagi mereka yang tidak menggunakan peluang ini untuk memohon ampun di atas segala dosa-dosa sepanjang hidupnya selama ini, sebaliknya berterusan dalam kemaksiatan dan langsung tidak menghargai dan berpaling dari pintu taubat yang Allah SWT buka seluas-luasnya pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

2. Celakalah orang yang derhaka pada orang tuanya. Tidak menghiraukan makan minum mereka, tidak bertanya khabar mereka dan membiarkan orang tua mereka hidup dalam kelaparan.

3.Celakalah orang yang tidak berselawat ke atas Rasulullah apabila disebutkan namanya. Berselawat disini tidaklah hanya mengucapkan selawat dibibir sahaja, tetapi apabila disebutkan nama Baginda, maka kita wajib mengingati Baginda, merindui Baginda Rasulullah SAW, perlu timbul rasa kasih dan sayang yang amat mendalam pada baginda. Kalau ibubapa kita apabila disebutkan nama mereka, kita tentu akan terbayangkan mereka, maka pada Rasulullah SAW, lebih-lebih lagi kita perlu mengingati dan merinduinya.

Sejauh manakah kita merindui dan mencintai Nabi kita ini, yang telah banyak bersusah payah kerana kita, yang amat menyayangi umatnya, yang bimbang jika seorang pun umatnya masuk neraka…..

Kisah Bilal yang merindui Rasulullah SAW sesudah Baginda wafat

Sesudah kewafatan Rasulullah SAW, Bilal berpindah dari Madinah ke sebuah tempat yang lain, antara sebabnya kerana tidak tahan melihat Makam Rasulullah SAW yang berada dalam Masjid Nabi. Setiap kali melihatnya, maka Bilal akan menangis mengenangkan Rasulullah SAW.

Suatu malam, Bilal bermimpi didatangi Rasulullah SAW, Baginda bertanya kepada Bilal kenapa sudah lama tidak menziarahi Baginda. Apabila tersedar, Bilal terus ke Madinah menziarahi makam Rasulullah SAW. Apabila masuk waktu solat, Bilal pun melaungkan azan. Seluruh madinah menangis mendengar azan yang dilaungkan oleh Bilal, mereka terkenangkan Rasulullah SAW kerana azan yang dilaungkan Bilal.

Begitulah kasih dan cintanya para sahabat pada Rasulullah SAW….


sumber:maghfirah.wordpress.com

Tuesday, August 2, 2011

Ahlan Ramadhan Kareem Allahu Akram

Ahlan ya Ramadhan....selaut syukur, kita dipertemukan dengan madrasah Ramadhan lagi tahun ini. Mengkoreksi diri, terfikir sejenak mengingati arwah abangku yang pergi menemui Allah SWT mendahului kami, sudah tidak punya nikmat kegembiraan bertemu Ramadhan buatnya dan begitu jugalah buat mereka yang sudah kembali kepada Allah SWT. So, kita yang masih Allah beri pinjam nikmat kesihatan dan nikmat dilanjutkan usia ini terlebih perlu menghargainya dengan sebaik-baik penghargaan.

Salam Ramadhan Kareem 1432H buat semua...

Alhamdulillah....Ramadhan tiba lagi. Apa khabar Islam dan iman kita sahabat? Bagaimana ibadah puasa kita? Sudahkah larangan dan tegahannya kita hindari dan segala suruhan-Nya kita laksanakan? Sudahkah Ramadhan kita hidupkan dengan berpesta ibadah? Sungguh, kerugianlah orang yang bertemu Ramadhan tetapi tidak merebut tawaran yang diberikan oleh Allah ini.

Sebagai muhasabah Ramadhan, kita kongsikan bersama sepotong hadith Nabi SAW yang bermaksud,
“Sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimananan dan mengharapkan keampunan Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu” [Muttafaqun ‘alaih]
Syarah Hadith :

Hadith ini merupakan hadith utama kelebihan orang-orang beriman yang berpuasa ramadhan iaitu dosa-dosa terdahulu mereka diampunkan. Dosa-dosa yang dimaksudkan ialah dosa-dosa selagimana mereka tidak melakukan dosa besar. Ini kerana dosa besar secara khususnya wajib bertaubat kepada Allah Ta’ala. Pengertian ini juga berkesinambungan dengan hadith yang menceritakan tentang “terhapusnya dosa bermula ramadhan ke ramadhan akan datang selagimana bukan merupakan dosa besar”.

Manakala, hadith diatas menyebut “dosa-dosa yang terdahulu” sahaja dan bukannya seperti sebahagian riwayat dhoif pada hadith tersebut dengan tambahan “diampunkan juga dosa-dosa yang akan datang”. Pakej istimewa tersebut ternyata hanya milik istimewa para anbiya dan rasul.

Dosa-dosa kecil orang-orang yang berpuasa Ramadhan ini dihapuskan oleh Allah dengan syarat
1. DILAKUKAN PENUH KEIMANAN
Orang-orang mukmin sifat puasanya adalah dengan penuh keimanan. Yakni mengakui akan kewajipan berpuasa sebagai seorang muslim. Maka dia bersungguh-sungguh melakukan ibadat tersebut dengan penuh ketaatan dan meninggalkan segala pantang larang puasa. Manakala, Imam Nawawi menyebut yang dimaksudkan dengan dilakukan dengan penuh keimanan iaitu meyakini atas terdapat kelebihan-kelebihan berpuasa yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya.
2. BERPUASA SEMATA-MATA MENGHARAPKAN KEAMPUNAN ALLAH
Manakala, orang yang berpuasa mengharapkan keampunan Allah bermakna mereka tidak mengharapkan pujian dari manusia, atau motif yang lain. Yang mereka tujukan puasa tersebut hanya kerana Allah Ta’la. Mereka yang terlalu mengharapkan rahmat, ganjaran, keampunan, taubat dari Allah antara golongan yang akan diampunkan dosa-dosanya selagi mana tidak melakukan dosa-dosa besar.
Oleh itu, bersama kita merebut peluang keemasan yang telah ditawarkan sekali dalam setahun ini. Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kita. Semoga ibadah kita diterima.

Moga Ramadhan menjadi bulan tarbiyah, bulan mendidik nafsu kita, mengembalikan jiwa fitrah kita selaku hamba. Buat semua, selamat menjalani ibadah puasa dengan sepenuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Wallahua’lam.

Tuesday, July 19, 2011

Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali:Sebutir Mutiara Yang Hilang

Sayu dan sebak berkumpul dalam dada. Tanpa sedar,air mata mengalir di pipi perlahan-lahan. Suram dan sugul saat mendapat khabar perginya sri kandi,mujahidah Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali menghadap Allah SWT pada malam 17 Julai 2011. Selepas ini tiada lagi bayangan tampang batang tubuhnya, tiada lagi lantang suaranya...tiada lagi....

al-Fatihah buatmu.....berehatlah dari kelelahan dan mehnah dunia....Sungguh,dikaulah Lo'Lo'.......mutiara yang menyinar dalam mendaulahkan ad-Din.

Terasa bagai tidak percaya. Terasa bagai dia masih ada..... Sekelumit kenangan zaman kanak-kanakku. Dr. Lo'Lo' pada awal kemuculannya tahun 1990-an,beliau kerap kali juga muncul dalam majalah kegemaran saya iaitu Muslimah,melontarkan pelbagai hujah dan pandangan beliau. Saya tanya abah saya,kenapa nama orang ini pelik abah? Namanya Lo'Lo'....ada maksudkah?

Jawabnya abah saya,nanti abah hantar ke sekolah arab, belajar bahasa arab sungguh-sungguh...nanti kakak akan jumpa apa maksudnya Lo'Lo'....

Jauh dari kenangan hari-hari semalam,saya sudah menemukan jawapannya. Lo'Lo' itulah PERMATA, MUTIARA.....

Semoga Allah merahmati Dr. Lo'Lo,tempatkanlah beliau di kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh....jadikan segala yang diusahakan semasa hayatnya menjadi bekal, menjadi amal solehnya yang dibawa pulang menghadapmu ya Allah....ku rindu pada suara-suara lantangmu di Dewan Rakyat....dan yang pasti selepas ini, semuanya sudah tidak ada.....~Nostalgia~

Thursday, June 2, 2011

Selamat Hari Ibu....

Apa pun perbahasan mengenai Sambutan Hari Ibu di negara kita, saya mengambilnya dengan pendekatan menganggap bahawa setiap hari selayaknya adalah hari ibu, hari meraikan jasa-jasa dan susah payah ibu dan tidak dilupakan bapa yang telah terlalu banyak bersusah-susah untuk kita. Bersama muhasabah diri dengan sepotong hadith;

Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: 'Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak aku hormati dengan baik?', Beliau bersabda, 'ibumu', laki-laki itu bertanya lagi: 'kemudian siapa?', Beliau menjawab, 'ibumu', lelaki itu kembali bertanya: 'kemudian siapa?', Beliau menjawab, 'ibumu', lelaki itu bertanya kembali: 'kemudian siapa?', Beliau menjawab, 'ayahmu'.

Ibu, tiga kali disebut Rasulullah SAW sebagai orang yang patut dihormati oleh anak-anak. Begitu tinggi kadar ketaatan dan kepatuhan seharusnya kita berikan kepada ibu. Namun kalau kita sama-sama kembali bermuhasabah diri, sudahkah tanggungjawab sebagai anak kita laksanakan dengan sebaiknya?

Sedikit perkongsian photo sewaktu berkesempatan pulang ke kampung laman, kata habib bersempena birthday ma juga dia belanja makan kek...hihihi, kek sahaja, tidak ada yang istimewa pun....

kotaknye....hehe

bukan Secret Recipe, tp just kek buatan org kampung aje...tp best!

air tangan kakak iparku yang pandai masak,kueh koci ke ape...heheheh...


haaa inilah dia wajah-wajah yang diraikan, my beloved abah dan ma,walau sesekali je balik kampung tp hati xpernah lupa,hati selalu ingat.....semoga dipanjangkan umur,diberi keafiatan dan kesihatan oleh Allah selalu ;)

Buat sahabat semua, hargailah insan yang kita sayang selama mereka masih ada di sisi kita.

Tuesday, May 24, 2011

Di Sini Kami Berteduh Karya Nurulsham Saidin

Novel terbaru koleksiku

Alhamdulillah, koleksi terbaru novel tarbiyah remaja saya berjaya saya dapatkan. Sebenarnya saya mencari novel lain, novel tarbiyah remaja Matahari karya akhi Hilal Asyraf tapi yang ini pun boleh jugalah. Saya sudah membelinya sebulan yang lalu tetapi belum habis baca lagi, baru muqaddimah. Sekarang gigih berusaha disiplinkan diri untuk cuba habiskan bacaan tapi sejak ada anak,selalunya asyik tangguh dan tangguh. Baru mula nak membaca, ada yang panggil. Baru nak sambung baca, ada yang nangis. Alahai....semuanya menguji kesabaran....

Waktu bujang-bujang dahulu-kala, novel Salju Sakinah, Sesegar Nailofar saya boleh habiskan bacaan dalam sehari sahaja dan esoknya sudah dapat idea untuk mengarang cerpen sendiri kemudian dihantar ke ruangan cerpen di akhbar-akhbar dan majalah. Beberapa kali pernah tersiar di paper tempatan dan bukan kepalang gembiranya di hati. Bukan rasa bangga kerana tersiar tetapi rasa puas dapat mengasah bakat yg terpendam. Ececeh....hahaha. Dulu time masih duk di Maahad, saya simpan keratan akhbar tu tapi tak tahu la hari ni duk kat mana. Untung kalau masih ada, boleh juga di publish kat myBustan nih....

Kata seorang mentor, kalau kita ini kurang input macam mana nak menghasilkan output. Means kalau kurang membaca, kurang menghadiri majlis-majlis ilmu, kurang berkursus menambah dan memantapkan pengetahuan, bekalan di dada, hari-hari melayan lagha sahaja, dari mana input nak datang. Ia tidak datang bergolek kepada kita. Alangkah best kalau dapat lahirkan novel tarbiyah remaja macam ini.....dapat 3 in 1. Dapat pahala menyebarkan ilmu (kira macam mengajarkan orang ilmu yg bermanfaat) kepada para pembaca novel kita, dapat menjadi 'pelajar' yang dapat menambah ilmu di dada  sendiri dan yang satu lagi tuh sahabat-sahabat tolong fikirkan yea.

Time balik kampung, singgah kejap kat Petronas isi minyak suami saya belikan majalah Solusi. Tersangatlah menarik isi-isinya. Saya jadi teringat akan Majalah Muslimah tahun 1990-an dahulu. Penuh tarbiah dan dakwah buat pembaca.

Solusi ~ Mei 2011

Yang ini sudah habis baca. Time tunggu Najmie balik dari umah pengasuh saya baca. Alhamdulillah sempat baca habis juga, kalau tidak mahu bising mulut suami saya memberi tazkirah mau'izah tanpa letih dan jemu. Bak kata suami, belinya banyak tapi tak baca-baca. Paling sedihkan macam itu, beli kemain bertimbun-timbun tapi bacanya tidak. Mungkin itu satu bentuk pembaziran juga. Bersama fikirkan....

So sahabat semua boleh dapatkan Majalah Solusi yea. Insya Allah tidak rugi menjadi ulat buku! Selamat membaca.

Thursday, May 19, 2011

Abang Imiey

Alhamdulillah,tak sedar pantasnya masa berlalu. Anak mama dah setahun 2 bulan. Lasak tapi manja a.k.a. penakut bunyi guruh. Elok-elok tengah main,kalau bunyi guruh, boleh dia tiba-tiba menangis cepat-cepat cari kita kat dapur.

Pada umurnya setahun cm ni,saya ada juga mengajar dia huruf-huruf hijaiyah. Alhamdulillah, dia sudah boleh hafal beberapa huruf walaupun bunyinya 'lain macam' tapi saya tahu, dgn keterbatasannya bertutur,najmie cuba menyebut huruf-huruf yang saya maksudkan. Saya ajar dia berdikari, membantu saya setakat apa yang termampu pada kudrat kecilnya. Tak boleh lupa,baba sibuk mengajar dia pun pegang pen, rotan, pakai kopiah nak ajar kakak-kakak dan abang-abang. Alahai imiey.....

Sedikit photo abang imiey time 'membuas'.....

Penat,ape lagi....ZzzZzZzz


'Mengukas' pahtu mulalah xboleh nk turun...ekekeke


Dah belengas,nak mandi lak...


Saya baru balik kerja, @8.45 p.m. Kasihan anak mama,kasihan juga baba,mama baru duduk hilangkan penat,dia datang ngn botol susu mahu menumpang tidur.


Time tunggu baba nih.....

JM Bariani time....


Gambar-gambar lama nih.....Mudah-mudahan Najmie jadi anak soleh. Mama doakan juga campur tangan Allah dalam mendidik dan mengasuhmu.....mengharapkan kekangan masa dan sejuta kelemahan mama dan baba, tentu tiada mampu mendidikmu sebaiknya tapi dengan bantuan Allah, mama yakin insya Allah pasti boleh!
~Love u Jundi~

Wednesday, May 18, 2011

Repost ~ Manisnya Merinduimu Zauji~


Ya Allah,lega rasa dihati Tuhan sahaja yang tahu.Seminggu 'diperam' di Puteri Resort Ayer Keroh,Melaka terasa bagaikan setahun lamanya.Saya baru sahaja pulang dari kursus induksi di sana.Saat saya sampai di hadapan pintu pagar rumah,saya lihat rumput tumbuh meliar.Terasa kesunyian menghampiri jiwa saya perlahan-lahan.

Seminggu juga saya meninggalkan suami menguruskan pakai dan makannya sendiri.Saat saya sampai rumah,lewat tengahari Sabtu, suami saya tiada di rumah.Ingatkan dapatlah dia jemput saya di JPM Putrajaya tetapi sebaliknya.Saya terpaksa melalui perjalanan yang meletihkan.dari Putrajaya Sentral ke KL Sentral naik ERL.Perjalanan agak lengang dan selesa.Tukar tren Putra dari KL Sentral ke Teminal Gombak suasana agak merimaskan.Agak sesak dengan orang ramai yang mahu ke destinasi masing-masing.Seorang penumpang memberi saya duduk.Mungkijn dia kasihan melihat saya dengan tiga buah beg.Katanya dia dari Kelantan tidak biasa naik tren,datang ke KL semata-mata mahu menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Bukit Jalil, Kelantan melawan Selangor malam ini(hari Sabtu malam Ahad).Saya mengiyakan sahaja.Rupanya itu yang menambah sesak bandar raya Kuala Lumpur hari ini.

Turun tren,saya naik teksi baru sampai rumah,dengan tiga buah beg tetapi alhamdulillah,saya berjaya juga sampai.Suami saya dengan kerja mulianya.Sekolahnya ada pertandingan Tilawah al-Quran peringkat negeri Selangor, dari pagi membawa ke petang.

Semoga suamiku sentiasa terlorong ke jalan yang mulia,berkhidmat untuk agama-Mu.

Gambar semasa induksi masih belum dapat diupload di sini.Saya mengurut dada menahan sabar,PC ada virus.Pen drive tak boleh nak detect.Inilah akibat saya yang cuai semasa menggunakannya.Walaupun semua gambar sudah ada dalam laptop saya.

Saya lihat makanan tidak terusik.Kerepok,air oren kegemaran dia yang saya tinggalkan dalam peti ais seminggu yang lalu juga tidak terusik.Namun hati saya yang terusik,terusik dan tersentuh.Sewaktu saya masih berkursus,saban malam dia menelefon memberitahu saya bahawa dia makan itu dan ini hanyalah tidak lebih sekadar menyedapkan hati saya.

Tetapi saya tidak menyalahkan dia.Kalau sayapun,mungkin juga hilang selera makan.Makan sendirian,semuanya tidak enak dan sedap.Air manis pun jadi tawar.itulah realiti sebuah kehilangan tidak kira hilang sementara apatah lagi hilang selamanya.Teringat pada abang ipar saya,semoga terus diberi ketabahan.Kehilangan isteri tersayang saat semua masih memerlukan beliau,apatah lagi anak kecil berusia 8 bulan yang terlalu naif untuk mengerti hakikat sebuah kematian.

Saya melihat kain baju yang saya tinggalkan minggu lalu tidak berlipat semuanya kemas di atas rak.Ada rasa syukur dan hiba mengalir jauh di lubuk hati.Saya menghantar rindu dalam hiba yang menghuni hati.Semuanya membuatkan saya dilamar rindu.

Saya rindu pada harum minyak atar kegemarannya,rindu pada akhlak baiknya,rindu pada senyum dan tutur katanya yang berhikmah.

Kembara kali saya kali ini saya tamatkan dengan membukakan pintu saat dia pulang dari sekolah.Tangan dia saya kucup,ubat penghapus rindu.Kami berbalas senyum.Senyuman yang berkata-kata bagi pihak hati kami.

Mudah-mudahan Allah terus rahmati dan berkati kami.Jauhkan kami dari yang fahsya' dan munkar.

Kami cuma hamba-Mu,memohon hidup kami yang sementara ini dipimpin dalam hidayah dan keampunan-Mu.

Usrati Jannati!

~post at Kembara Fitrah 27 April 2009~

Sunday, April 17, 2011

Usrah Kami...

Dalam duk sibuk ngn imiey,ni la hasilnya ....ada yg rosak....tp kata baba,layannnnn

video

Tuesday, April 12, 2011

Najmie....

Syukur kepada Allah atas segala nikmatnya....selaut puja dan puji kepada Allah 'Azzawajalla.Besar ertinya kesyukuran kami ke hadrat-Mu Tuhan atas nikmat kesembuhan yang diberikan kepada anakanda kami.Setelah hampir dua minggu sakit,akhirnya 'cahaya mentari' kembali terang bersinar.Terusir segala duka dihati.Namun setiap kali memandang photo ini,rasa sayu dan sedih juga.

Hari ke-3 dijangkiti kuman


Hari ke-5


Hari ke-7


Hari ke-10

Alhamdulillah,sudah pulih dan kembali aktif


Sekitar gambar-gambar kenangan.
Semoga Allah melindungi jundi mama ini.Kalau ikutkan hati ini,mahu rasanya berhenti kerja dan menjadi suri rumah (terkenang saat-saat manis bercuti 2 minggu menjaga najmie yang sakit),dapat masak tuk baba tengahari,menunggu baba pulang dari sekolah, menyalami baba setiap pagi dan petang,mendoakan baba pergi dan balik kerja. Allah,indahnya berkhidmat sepenuh masa kepada suami dan anak-anak.




Wednesday, February 23, 2011

Syurga Sebelum Syurga!

Nasyid yang meruntun hati nurani insan...Teringat abah dan ibuku di kampung...

Maksud nasyid:

Kalau engkau mengadap hidangan
Fikirkanlah berapa ramai orang yang terlibat membuat jasa kepada engkau
Nasi jasa petani, ikan jasa nelayan
Sedangkan mereka kais pagi makan pagi kais petang makan petang

Ada makanan dari jasa- jasa buruh kilang
Mereka miskin dan papa dari kita
Jika engkau berpakaian ingatlah berapa ramai pula orang yangmenyediakannya
Sedangkan gaji mereka tidak seberapa
Mereka melarat dan menderita

Di waktu engkau menaiki kenderaan yang yang mewah
Ingatlah berapa ramai buruh-buruh kasar yang menyiapkannya
Padahal mereka tidak pernah menaikinya
Engkau senang-senang menaikinya
Begitulah kalau setiap apa yang engkau makan dan apa yang engkau rasa
Engkau renung sejenak memikirkannya
Engkau akan insaf dan sedar

Berapa ramai orang yang telah berjasa kepada engkau
Engkau akan bertimbangrasa kepada mereka
Engkau akan belas kasihan kepada mereka yang miskin dan papa


SYURGA SEBELUM SYURGA! Itulah sahaja mampu saya ucapkan. Mempunyai ibu bapa yang soleh, yang tidak pernah putus mendoakan iman dan taqwa anak-anak,yang tidak pernah putus mendidik dan mentarbiyah anak-anak dengan acuan agama. Agama menjadi batu asas dalam bait muslim mereka telah menjadi atap tempat perteduhan kami 5 beradik kini. Teringat kawan-kawan yang ibu bapanya berpisah, terjebak dalam pelbagai masalah kebejatan gejala sosial katanya rumahnya seperti NERAKA SEBELUM NERAKA!

Abah,sungguh dia hanya orang biasa-biasa, tidak punya kehebatan dan jaguh menjadi orang hebat-hebat namun solatnya tidak pernah lewat. Hukum hakam agama amat dititik-beratkan kepada anak-anak. Ibuku jua...walau diri diuji sakit bertahun,terlantar di ICU, dalam mamainya hanya menyebut solat,solat,solat.....Allah!

Ada titis air mata mengalir lesu di pipi. Hiba dan terharu mengenangkan hari-hari semalam. Saya bukan hidup dengan kenangan-kenangan semalam namun cukuplah dengan mengingatinya saya merasa betapa hebat dan besarnya kekuasaan Allah SWT. Betapa kehidupan adalah untuk menempuh susah dan payah. Nasyid di atas sudah lama sebenarnya,saat saya masih lagi menjadi naqibah di bumi MMPP dahulu. Indahnya saat itu,hanya nasyid sahaja menjadi halwa telinga. Nasyid-nasyid yang membina sifat-sifat kemanusiaan dan keinsanan menjadi santapan telinga. Terasa ia benar-benar memberi kesan kepada dunia daie dan dakwah!

Peritnya kehidupan lalu. Bukan merungut jauh sekali mengeluh. Teringat jerit perit abah bekerja dengan tekunnya. Teringat qudwah hasanah ibuku,tidak menghiraukan kesihatan diri bekerja demi membantu abah menafkahkan anak-anak. Segala-galanya kalian redah dan hadapi demi anak-anak. Pada jiwa tua mereka,tiada terlintas di fikiran mahu hidup bersenang-senang seperti orang lain, mahu memakai pakaian mahal-mahal. Dalam fikiran mereka cukup anak-anak diberi pendidikan agama dan dapat belajar ke perngkat tertinggi.

Belum lagi dengan kepayahan menjaga dan menatang arwah abang bagaikan minyak yang penuh kerana kesakitan dan penderitaan penyakit yang Allah uji kepadanya. Abang, Allahummaghfirlahu warhamhu wa'fihi wa'fu'anhu ...kakak rindu abang.....May Allah bless your soul. Till we meet again, in His Jannah. Inshaallah.

Teringat juga kenangan saat saya yang sering sahaja diserang semput tidak mengira waktu. Abah orang susah, saat diserang semput kul 2,3 pagi abah bawa ke klinik ngn motosikal biru yang uzur itu. Hanya itulah sahaja kenderaan kami 8 sekeluarga. Allah,pernah kerana terlalu sesak nafas aku nyaris jatuh motosikal. Abah....

Teringat zaman kecil, tiada kemewahan jauh sekali disogok dengan kesenangan. Saat hujan,orang lain berkereta ke sekolah, saya basah lenjun! Memandang buku-buku pelajaran yang juga turut basah,saya menangis sendirian. 

Mungkin kisah saya tiada la apa sangat,cuma ianya adalah kenangan yang mendewasakan. Memandang wajah abah dan ma bagai memandang wajah dari Jannah! Tidak sanggup melupakan mereka,tidak sanggup menderhakai mereka atas segala yang telah mereka korbankan. 

Ma dan abah,kalianlah permata hati kakak. Rindu kalam hikmah ma dan abah. Tidak ternukil rasa hati ini di blog cacatan hati kakak ini. Allah sahaja saksi, kakak sayang antum! Ma sumber kekuatan yang menyalakan segala semangat dan sumbu cahaya! Tanpa ma,terasa gelap zulumat walau dalam cahaya yang bersinar. Kata ma, hidup kerana Allah, dunia diambil sekadar sahaja kerana redha dan kasih sayang Allah yang kita tagih!

Ma,doakan kami....kami masih di sini hanya kerana antum!Allah, rahmati kedua ma dan abah.... 

Tuesday, February 22, 2011

Hidayah Milik Allah

Firman Allah SWT,

Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu). (Al-Ghasyiyah : 22)

Termenung seketika,mulut tiada kata mampu diucapkan,otak ligat berfikir dan cuba untuk mentafsirkan. Lantas kutemukan,sungguh hidayah itu milik Allah!
Terkedu saat mengetahui artis tersohor Bob Lokman seorang pelakon,pelawak dan penulis lagu popular dalam negara tiba-tiba meninggalkan dunia hiburan dan menceburkan diri dalam perjuangan ad din atau disifatkan oleh ramai antara kita sebagai hijrah untuk menyertai sebuah parti politik. Namun bagaimana kita hendak menyatakan perbezaan antara keduanya kerana politik dan agama seperti kembar yang mana tidak boleh dipisahkan.
Saya melihatnya bukan dari aspek politik semata-mata namun di situ adalah satu penghijrahan yang lebih bermakna apabila ia kerana agama. Sungguh bertuah dia,dipilih oleh Allah untuk dikurniakan hidayah-Nya yang tidak pada semua manusia dikurniakan.

Bob Lokman tarik diri dari Program Realiti Raja Lawak Musim Ke-5, siaran Astro Prima

Ku dedikasikan rasa syukur dan bahagia atas hidayah yang dikurniakan untuk beliau. Sesungguhnya manusia cuma mampu untuk mengusahakan hidayah dan berusaha untuk menjinakkan hati-hati manusia. Andai seruanmu diabaikan,usah bersedih kerana sememangnya resmi sunnatullah,setiap perjuangan punya halangan sebagai syarat mendapat Jannah!

Wednesday, February 16, 2011

Hayatilah....


 
Part 1


Part 2


Part 3


Sejuknya perut ibu yang mengandung andai dikurnia anak-anak yang soleh, lunak mengalunkan Kalamullah, Rabbi habli minladun kazuriyyatan toyyibatan, Innaka sami'un du'aa...

Salam Maulidur Rasul 1432H

Hari Maulidur Rasul tiba lagi tahun ini.....lafaz selawat dan salam,pujian buat Baginda SAW bergema dalam hati. Terimbau kasih cinta Rasul SAW buat umatnya!

Bersama mengislah diri,moga beroleh syafaatnya di sana!

Friday, February 11, 2011

Rehlah

Hmmm,membelek-belek photo lama-lama dulu terjumpa photo waktu kenduri akikah Najmie Aidiladha dulu...
Senyum itu sedekah


Najmie pun nak glamour juga


Tok Abah pun ada juga..Tok Ma tak dapat ikut coz ada dialisis hari tu,insya Allah lain kali kita bawa Tok Ma sekali yea


Sekian dulu entry kali nih...ilal liqa'

Tuesday, February 8, 2011

Jambangan Syukur

Setinggi syukur ke hadrat Allah. Sedikit rasa gembira bertamu di hati hari ini,dapat juga saya update blog dan merias-rias blog yang bersawang ini.

Lainnya terasa sekarang. Dahulu tiada tanggungjawab malah di masih di bawah tanggungan abah,sekarang perlu bertanggungjawab dan mendidik anak-anak cahaya mata pula. Sungguh,amanah yang berat tertaklif atas pundak baba dan mama.  Memikirkan soal pendidikan anak-anak di masa mendatang terasa lemah dan sesak nafas. Semoga aku dibantu dalam mendidik anak-anak. Risau sekali hati ini.


Tuntunlah anak-anak iman dan Islam. Jangan sengsarakan fitrah suci mereka dan salah cara mendidik. Anakanda sayang,doa mama moga dirimu jadi anak soleh fii funya wal akhirah!


Dengan kebanjiran isu-isu kebejatan gejala sosial yang parah di dada-dada akhbar, di media elektronik cukup membuatkan aku menjadi resah. Allah berat dan besarnya peranan yang perlu dimainkan.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud;

"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Perhatikan juga kisah Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu’man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?". Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku mendidik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”.


Ini bermakna, bapa Imam Hanifah telah menyiapkan dirinya yang terbaik agar anak yang dilahirkan kelak mewarisi kebaikan dan akhlaknya. Hal ini harus dipandang berat setiap ibu bapa masa kini yang beranggapan bahawa pertalian mereka dan anak-anak hanya atas dasar pertalian darah semata.Sebenarnya ia lebih dari itu.

Kita tidak mahu anak-anak jauh dengan agama, mereka tidak kenal agama mereka malah menjadi anak-anak seperti dikatakan oleh rasulullah SAW;

Rasulullah s.a.w pernah bersabda; “Tahukah engkau siapakah yang mandul?”


Para sahabat menjawab; “ Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”

Lalu Rasulullah s.a.w berkata ; Orang yang mandul ialah orang yang memepunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”

Moga bantuan Allah untuk kita dalam mendidik anak-anak. Moga mereka membesar dalam biah Islam yang murni,jauh dari kacau sekular yang telah menghanyutkan ramai anak remaja kita.

Reunion MMT Baba di Pantai Sri Tujuh, Tumpat Tahun Kedua

Nak share sikit antara photo kenangan reunion MMT baba pada cuti CNY baru-baru ni...Best reunion skol baba,teringin juga kalau MMPP buat juga. Insya Allah lagi best dari reunion baba tuh....insya Allah,mama sedang rangka skrg nih! Doakan mama eh baba!


Sungguhpun kami terkandas dalam jem yang teruk keesokkan selepas reunion baba selama 15 jam perjalanan dari KB - GRIK- KL (terpaksa ambil jalan alternatif kerana laluan KB - GUA MUSANG - KL trafik jam teruk,kereta berbaris panjang tak bergerak!) Hampir patah semangat kami meneruskan perjalanan namun digagahkan jua....Allah,iringilah dalam setiap kepayahan itu sedikit kemudahan agar mampu tenang hati kami manusia yang lemah!




Nih geng lama dari SMU(A)Al Ulum lagi, Fakhran,Faizal



Muslimat a.k.a kawan-kawan perempuan sekelas ngn baba dulu-dulu. Dah jadi umi pun ramai dah,paling cun Suhaila!


Geng-geng muslimin!


Sebahagian yang hadir,ada lagi yang datang tapi balik awal...antaranya pak cik Khairul,pak cik Al-Amin

Kek istimewa sumbangan peribadi Unty Lanor!


Seronok juga hadir reunion baba niih,eratkan silaturrahim setelah urusan kehidupan memisahkan kemerasaan dan persahabatan antara semua. Hope setiap tahun ada.

I'm wait for MMPP batch SPM 2003 punya reunion pula,insya Allah.

Wednesday, January 5, 2011

Salam Tahun Baru Masihi

Selamat tahun baru masihi semua.....


Pertamanya setinggi syukur dirafa'kan ke hadrat Allah SWT atas nikmat dipanjangkan umur, lantas kita dipertemukan lagi di tahun baru masihi ini....selawat dan salam buat Junjungan mulia SAW,para sahabat,tabi' dan tabi'in,keluarga Baginda seluruhnya.

Sudah bersawang blog saya ini...lama saya tidak menulis. Bukan tidak ada masa, bukan alasan-alasan kesibukan kerja menyebabkan saya tidak menulis,tetapi dek kerana kebekuan kepala ini. Terasa berat sekali. Adakah masa merubah insan.....

Tahun baru datang lagi, tidak sedar pantasnya masa berlalu. Sudahkan diri kita koreksi, merenung amal yg telah kita kerjakan selama ini....cukupkah untuk kita bawa pulang menemui Dia? Saya tidak menulis untuk menyindir yg membaca, cukup sekadar bertanya pada diri sendiri yg punya seribu kelemahan dan kelalaian ini.

Hari demi hari, terasa juga diri terjebak dalam biah semasa. Allah, lemahnya aku. Keperluan akhirat sedikit sekali ditilik, difikir dan ditenung. Adakah dengan amalan yang hanya sekadar biasa-biasa itu bisa menyelamatkan diri di sana saat tidak ada lagi yang bisa membantu. Kalau didunia, buat kesalahan kita mungkin boleh lepas dan bebas tetapi di sana? Tidak sekali-kali!

Dalam rutin harian, sempat saya melihat di kaca TV baru-baru ini program penjaaan syarikat-syarikat korperat terhadap konsert malam sambutan tahun baru 2011. Berhibur tidak salah, namun hiburan itu andai tidak terpimpin ia lebih dekat dengan fahsya' dan mungkar sahabat! Apalah malang, menjadikan barat sebagai kiblat. Malam tahun baru dijadikan para belia sebagai malam berhibur, malam melempias nafsu serakah. Tidakkah nikmat dipanjangkan umur perlu disambut dengan sujud penuh syukur, iring dengan titis air mata syahdu menghadap Rabb sebagai tanda, "Terima kasih Tuhan, terima kasih Tuhan, umurkan dipanjangkan lagi hingga ke detik tahun baru ini". Allah....

Saya menelan air liur geram. Teringat kata Ustaz Zahazan, jadilah umat Islam yang PEKA dan bukan umat Islam yg PEKAK! Sensitiflah tehadap agamamu sahabat. Diluar sana, selamatkan umat Islam yang terumbang-ambing, sungguh kasihan mereka...sistem sekular pemerintah menjuahkan mereka dari Tuhan mereka berpuluh tahun.

Kita melihat jenayah hari ini yg menjadi-jadi. Apakah sebabnya, sebabnya manusia sudah meninggalkan wasiat Rasul, manusia telah meninggalkan al-Quran dan as-Sunnah!.  Mereka menggunakan akal mereka yang terhad fungsinya itu. Itulah yang mengundang kehancuran dan kerosakan.

Janganlah hendaknya kita bersekali dalam gelombang dan arus fasad yg menggila itu. Jadilah kita golongan yang menongkah arus!

Salam tahun baru, semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik, penuh rahmat dan keampunan dari Allah buat kita semua.  Amin!