Wednesday, February 23, 2011

Syurga Sebelum Syurga!

Nasyid yang meruntun hati nurani insan...Teringat abah dan ibuku di kampung...

Maksud nasyid:

Kalau engkau mengadap hidangan
Fikirkanlah berapa ramai orang yang terlibat membuat jasa kepada engkau
Nasi jasa petani, ikan jasa nelayan
Sedangkan mereka kais pagi makan pagi kais petang makan petang

Ada makanan dari jasa- jasa buruh kilang
Mereka miskin dan papa dari kita
Jika engkau berpakaian ingatlah berapa ramai pula orang yangmenyediakannya
Sedangkan gaji mereka tidak seberapa
Mereka melarat dan menderita

Di waktu engkau menaiki kenderaan yang yang mewah
Ingatlah berapa ramai buruh-buruh kasar yang menyiapkannya
Padahal mereka tidak pernah menaikinya
Engkau senang-senang menaikinya
Begitulah kalau setiap apa yang engkau makan dan apa yang engkau rasa
Engkau renung sejenak memikirkannya
Engkau akan insaf dan sedar

Berapa ramai orang yang telah berjasa kepada engkau
Engkau akan bertimbangrasa kepada mereka
Engkau akan belas kasihan kepada mereka yang miskin dan papa


SYURGA SEBELUM SYURGA! Itulah sahaja mampu saya ucapkan. Mempunyai ibu bapa yang soleh, yang tidak pernah putus mendoakan iman dan taqwa anak-anak,yang tidak pernah putus mendidik dan mentarbiyah anak-anak dengan acuan agama. Agama menjadi batu asas dalam bait muslim mereka telah menjadi atap tempat perteduhan kami 5 beradik kini. Teringat kawan-kawan yang ibu bapanya berpisah, terjebak dalam pelbagai masalah kebejatan gejala sosial katanya rumahnya seperti NERAKA SEBELUM NERAKA!

Abah,sungguh dia hanya orang biasa-biasa, tidak punya kehebatan dan jaguh menjadi orang hebat-hebat namun solatnya tidak pernah lewat. Hukum hakam agama amat dititik-beratkan kepada anak-anak. Ibuku jua...walau diri diuji sakit bertahun,terlantar di ICU, dalam mamainya hanya menyebut solat,solat,solat.....Allah!

Ada titis air mata mengalir lesu di pipi. Hiba dan terharu mengenangkan hari-hari semalam. Saya bukan hidup dengan kenangan-kenangan semalam namun cukuplah dengan mengingatinya saya merasa betapa hebat dan besarnya kekuasaan Allah SWT. Betapa kehidupan adalah untuk menempuh susah dan payah. Nasyid di atas sudah lama sebenarnya,saat saya masih lagi menjadi naqibah di bumi MMPP dahulu. Indahnya saat itu,hanya nasyid sahaja menjadi halwa telinga. Nasyid-nasyid yang membina sifat-sifat kemanusiaan dan keinsanan menjadi santapan telinga. Terasa ia benar-benar memberi kesan kepada dunia daie dan dakwah!

Peritnya kehidupan lalu. Bukan merungut jauh sekali mengeluh. Teringat jerit perit abah bekerja dengan tekunnya. Teringat qudwah hasanah ibuku,tidak menghiraukan kesihatan diri bekerja demi membantu abah menafkahkan anak-anak. Segala-galanya kalian redah dan hadapi demi anak-anak. Pada jiwa tua mereka,tiada terlintas di fikiran mahu hidup bersenang-senang seperti orang lain, mahu memakai pakaian mahal-mahal. Dalam fikiran mereka cukup anak-anak diberi pendidikan agama dan dapat belajar ke perngkat tertinggi.

Belum lagi dengan kepayahan menjaga dan menatang arwah abang bagaikan minyak yang penuh kerana kesakitan dan penderitaan penyakit yang Allah uji kepadanya. Abang, Allahummaghfirlahu warhamhu wa'fihi wa'fu'anhu ...kakak rindu abang.....May Allah bless your soul. Till we meet again, in His Jannah. Inshaallah.

Teringat juga kenangan saat saya yang sering sahaja diserang semput tidak mengira waktu. Abah orang susah, saat diserang semput kul 2,3 pagi abah bawa ke klinik ngn motosikal biru yang uzur itu. Hanya itulah sahaja kenderaan kami 8 sekeluarga. Allah,pernah kerana terlalu sesak nafas aku nyaris jatuh motosikal. Abah....

Teringat zaman kecil, tiada kemewahan jauh sekali disogok dengan kesenangan. Saat hujan,orang lain berkereta ke sekolah, saya basah lenjun! Memandang buku-buku pelajaran yang juga turut basah,saya menangis sendirian. 

Mungkin kisah saya tiada la apa sangat,cuma ianya adalah kenangan yang mendewasakan. Memandang wajah abah dan ma bagai memandang wajah dari Jannah! Tidak sanggup melupakan mereka,tidak sanggup menderhakai mereka atas segala yang telah mereka korbankan. 

Ma dan abah,kalianlah permata hati kakak. Rindu kalam hikmah ma dan abah. Tidak ternukil rasa hati ini di blog cacatan hati kakak ini. Allah sahaja saksi, kakak sayang antum! Ma sumber kekuatan yang menyalakan segala semangat dan sumbu cahaya! Tanpa ma,terasa gelap zulumat walau dalam cahaya yang bersinar. Kata ma, hidup kerana Allah, dunia diambil sekadar sahaja kerana redha dan kasih sayang Allah yang kita tagih!

Ma,doakan kami....kami masih di sini hanya kerana antum!Allah, rahmati kedua ma dan abah.... 

Tuesday, February 22, 2011

Hidayah Milik Allah

Firman Allah SWT,

Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu). (Al-Ghasyiyah : 22)

Termenung seketika,mulut tiada kata mampu diucapkan,otak ligat berfikir dan cuba untuk mentafsirkan. Lantas kutemukan,sungguh hidayah itu milik Allah!
Terkedu saat mengetahui artis tersohor Bob Lokman seorang pelakon,pelawak dan penulis lagu popular dalam negara tiba-tiba meninggalkan dunia hiburan dan menceburkan diri dalam perjuangan ad din atau disifatkan oleh ramai antara kita sebagai hijrah untuk menyertai sebuah parti politik. Namun bagaimana kita hendak menyatakan perbezaan antara keduanya kerana politik dan agama seperti kembar yang mana tidak boleh dipisahkan.
Saya melihatnya bukan dari aspek politik semata-mata namun di situ adalah satu penghijrahan yang lebih bermakna apabila ia kerana agama. Sungguh bertuah dia,dipilih oleh Allah untuk dikurniakan hidayah-Nya yang tidak pada semua manusia dikurniakan.

Bob Lokman tarik diri dari Program Realiti Raja Lawak Musim Ke-5, siaran Astro Prima

Ku dedikasikan rasa syukur dan bahagia atas hidayah yang dikurniakan untuk beliau. Sesungguhnya manusia cuma mampu untuk mengusahakan hidayah dan berusaha untuk menjinakkan hati-hati manusia. Andai seruanmu diabaikan,usah bersedih kerana sememangnya resmi sunnatullah,setiap perjuangan punya halangan sebagai syarat mendapat Jannah!

Wednesday, February 16, 2011

Hayatilah....


 
Part 1


Part 2


Part 3


Sejuknya perut ibu yang mengandung andai dikurnia anak-anak yang soleh, lunak mengalunkan Kalamullah, Rabbi habli minladun kazuriyyatan toyyibatan, Innaka sami'un du'aa...

Salam Maulidur Rasul 1432H

Hari Maulidur Rasul tiba lagi tahun ini.....lafaz selawat dan salam,pujian buat Baginda SAW bergema dalam hati. Terimbau kasih cinta Rasul SAW buat umatnya!

Bersama mengislah diri,moga beroleh syafaatnya di sana!

Friday, February 11, 2011

Rehlah

Hmmm,membelek-belek photo lama-lama dulu terjumpa photo waktu kenduri akikah Najmie Aidiladha dulu...
Senyum itu sedekah


Najmie pun nak glamour juga


Tok Abah pun ada juga..Tok Ma tak dapat ikut coz ada dialisis hari tu,insya Allah lain kali kita bawa Tok Ma sekali yea


Sekian dulu entry kali nih...ilal liqa'

Tuesday, February 8, 2011

Jambangan Syukur

Setinggi syukur ke hadrat Allah. Sedikit rasa gembira bertamu di hati hari ini,dapat juga saya update blog dan merias-rias blog yang bersawang ini.

Lainnya terasa sekarang. Dahulu tiada tanggungjawab malah di masih di bawah tanggungan abah,sekarang perlu bertanggungjawab dan mendidik anak-anak cahaya mata pula. Sungguh,amanah yang berat tertaklif atas pundak baba dan mama.  Memikirkan soal pendidikan anak-anak di masa mendatang terasa lemah dan sesak nafas. Semoga aku dibantu dalam mendidik anak-anak. Risau sekali hati ini.


Tuntunlah anak-anak iman dan Islam. Jangan sengsarakan fitrah suci mereka dan salah cara mendidik. Anakanda sayang,doa mama moga dirimu jadi anak soleh fii funya wal akhirah!


Dengan kebanjiran isu-isu kebejatan gejala sosial yang parah di dada-dada akhbar, di media elektronik cukup membuatkan aku menjadi resah. Allah berat dan besarnya peranan yang perlu dimainkan.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud;

"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Perhatikan juga kisah Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu’man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?". Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku mendidik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”.


Ini bermakna, bapa Imam Hanifah telah menyiapkan dirinya yang terbaik agar anak yang dilahirkan kelak mewarisi kebaikan dan akhlaknya. Hal ini harus dipandang berat setiap ibu bapa masa kini yang beranggapan bahawa pertalian mereka dan anak-anak hanya atas dasar pertalian darah semata.Sebenarnya ia lebih dari itu.

Kita tidak mahu anak-anak jauh dengan agama, mereka tidak kenal agama mereka malah menjadi anak-anak seperti dikatakan oleh rasulullah SAW;

Rasulullah s.a.w pernah bersabda; “Tahukah engkau siapakah yang mandul?”


Para sahabat menjawab; “ Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”

Lalu Rasulullah s.a.w berkata ; Orang yang mandul ialah orang yang memepunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”

Moga bantuan Allah untuk kita dalam mendidik anak-anak. Moga mereka membesar dalam biah Islam yang murni,jauh dari kacau sekular yang telah menghanyutkan ramai anak remaja kita.

Reunion MMT Baba di Pantai Sri Tujuh, Tumpat Tahun Kedua

Nak share sikit antara photo kenangan reunion MMT baba pada cuti CNY baru-baru ni...Best reunion skol baba,teringin juga kalau MMPP buat juga. Insya Allah lagi best dari reunion baba tuh....insya Allah,mama sedang rangka skrg nih! Doakan mama eh baba!


Sungguhpun kami terkandas dalam jem yang teruk keesokkan selepas reunion baba selama 15 jam perjalanan dari KB - GRIK- KL (terpaksa ambil jalan alternatif kerana laluan KB - GUA MUSANG - KL trafik jam teruk,kereta berbaris panjang tak bergerak!) Hampir patah semangat kami meneruskan perjalanan namun digagahkan jua....Allah,iringilah dalam setiap kepayahan itu sedikit kemudahan agar mampu tenang hati kami manusia yang lemah!




Nih geng lama dari SMU(A)Al Ulum lagi, Fakhran,Faizal



Muslimat a.k.a kawan-kawan perempuan sekelas ngn baba dulu-dulu. Dah jadi umi pun ramai dah,paling cun Suhaila!


Geng-geng muslimin!


Sebahagian yang hadir,ada lagi yang datang tapi balik awal...antaranya pak cik Khairul,pak cik Al-Amin

Kek istimewa sumbangan peribadi Unty Lanor!


Seronok juga hadir reunion baba niih,eratkan silaturrahim setelah urusan kehidupan memisahkan kemerasaan dan persahabatan antara semua. Hope setiap tahun ada.

I'm wait for MMPP batch SPM 2003 punya reunion pula,insya Allah.