Tuesday, February 22, 2011

Hidayah Milik Allah

Firman Allah SWT,

Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu). (Al-Ghasyiyah : 22)

Termenung seketika,mulut tiada kata mampu diucapkan,otak ligat berfikir dan cuba untuk mentafsirkan. Lantas kutemukan,sungguh hidayah itu milik Allah!
Terkedu saat mengetahui artis tersohor Bob Lokman seorang pelakon,pelawak dan penulis lagu popular dalam negara tiba-tiba meninggalkan dunia hiburan dan menceburkan diri dalam perjuangan ad din atau disifatkan oleh ramai antara kita sebagai hijrah untuk menyertai sebuah parti politik. Namun bagaimana kita hendak menyatakan perbezaan antara keduanya kerana politik dan agama seperti kembar yang mana tidak boleh dipisahkan.
Saya melihatnya bukan dari aspek politik semata-mata namun di situ adalah satu penghijrahan yang lebih bermakna apabila ia kerana agama. Sungguh bertuah dia,dipilih oleh Allah untuk dikurniakan hidayah-Nya yang tidak pada semua manusia dikurniakan.

Bob Lokman tarik diri dari Program Realiti Raja Lawak Musim Ke-5, siaran Astro Prima

Ku dedikasikan rasa syukur dan bahagia atas hidayah yang dikurniakan untuk beliau. Sesungguhnya manusia cuma mampu untuk mengusahakan hidayah dan berusaha untuk menjinakkan hati-hati manusia. Andai seruanmu diabaikan,usah bersedih kerana sememangnya resmi sunnatullah,setiap perjuangan punya halangan sebagai syarat mendapat Jannah!

No comments: