Tuesday, February 8, 2011

Jambangan Syukur

Setinggi syukur ke hadrat Allah. Sedikit rasa gembira bertamu di hati hari ini,dapat juga saya update blog dan merias-rias blog yang bersawang ini.

Lainnya terasa sekarang. Dahulu tiada tanggungjawab malah di masih di bawah tanggungan abah,sekarang perlu bertanggungjawab dan mendidik anak-anak cahaya mata pula. Sungguh,amanah yang berat tertaklif atas pundak baba dan mama.  Memikirkan soal pendidikan anak-anak di masa mendatang terasa lemah dan sesak nafas. Semoga aku dibantu dalam mendidik anak-anak. Risau sekali hati ini.


Tuntunlah anak-anak iman dan Islam. Jangan sengsarakan fitrah suci mereka dan salah cara mendidik. Anakanda sayang,doa mama moga dirimu jadi anak soleh fii funya wal akhirah!


Dengan kebanjiran isu-isu kebejatan gejala sosial yang parah di dada-dada akhbar, di media elektronik cukup membuatkan aku menjadi resah. Allah berat dan besarnya peranan yang perlu dimainkan.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud;

"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Perhatikan juga kisah Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu’man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?". Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku mendidik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”.


Ini bermakna, bapa Imam Hanifah telah menyiapkan dirinya yang terbaik agar anak yang dilahirkan kelak mewarisi kebaikan dan akhlaknya. Hal ini harus dipandang berat setiap ibu bapa masa kini yang beranggapan bahawa pertalian mereka dan anak-anak hanya atas dasar pertalian darah semata.Sebenarnya ia lebih dari itu.

Kita tidak mahu anak-anak jauh dengan agama, mereka tidak kenal agama mereka malah menjadi anak-anak seperti dikatakan oleh rasulullah SAW;

Rasulullah s.a.w pernah bersabda; “Tahukah engkau siapakah yang mandul?”


Para sahabat menjawab; “ Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”

Lalu Rasulullah s.a.w berkata ; Orang yang mandul ialah orang yang memepunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”

Moga bantuan Allah untuk kita dalam mendidik anak-anak. Moga mereka membesar dalam biah Islam yang murni,jauh dari kacau sekular yang telah menghanyutkan ramai anak remaja kita.

No comments: