Wednesday, February 23, 2011

Syurga Sebelum Syurga!

Nasyid yang meruntun hati nurani insan...Teringat abah dan ibuku di kampung...

Maksud nasyid:

Kalau engkau mengadap hidangan
Fikirkanlah berapa ramai orang yang terlibat membuat jasa kepada engkau
Nasi jasa petani, ikan jasa nelayan
Sedangkan mereka kais pagi makan pagi kais petang makan petang

Ada makanan dari jasa- jasa buruh kilang
Mereka miskin dan papa dari kita
Jika engkau berpakaian ingatlah berapa ramai pula orang yangmenyediakannya
Sedangkan gaji mereka tidak seberapa
Mereka melarat dan menderita

Di waktu engkau menaiki kenderaan yang yang mewah
Ingatlah berapa ramai buruh-buruh kasar yang menyiapkannya
Padahal mereka tidak pernah menaikinya
Engkau senang-senang menaikinya
Begitulah kalau setiap apa yang engkau makan dan apa yang engkau rasa
Engkau renung sejenak memikirkannya
Engkau akan insaf dan sedar

Berapa ramai orang yang telah berjasa kepada engkau
Engkau akan bertimbangrasa kepada mereka
Engkau akan belas kasihan kepada mereka yang miskin dan papa


SYURGA SEBELUM SYURGA! Itulah sahaja mampu saya ucapkan. Mempunyai ibu bapa yang soleh, yang tidak pernah putus mendoakan iman dan taqwa anak-anak,yang tidak pernah putus mendidik dan mentarbiyah anak-anak dengan acuan agama. Agama menjadi batu asas dalam bait muslim mereka telah menjadi atap tempat perteduhan kami 5 beradik kini. Teringat kawan-kawan yang ibu bapanya berpisah, terjebak dalam pelbagai masalah kebejatan gejala sosial katanya rumahnya seperti NERAKA SEBELUM NERAKA!

Abah,sungguh dia hanya orang biasa-biasa, tidak punya kehebatan dan jaguh menjadi orang hebat-hebat namun solatnya tidak pernah lewat. Hukum hakam agama amat dititik-beratkan kepada anak-anak. Ibuku jua...walau diri diuji sakit bertahun,terlantar di ICU, dalam mamainya hanya menyebut solat,solat,solat.....Allah!

Ada titis air mata mengalir lesu di pipi. Hiba dan terharu mengenangkan hari-hari semalam. Saya bukan hidup dengan kenangan-kenangan semalam namun cukuplah dengan mengingatinya saya merasa betapa hebat dan besarnya kekuasaan Allah SWT. Betapa kehidupan adalah untuk menempuh susah dan payah. Nasyid di atas sudah lama sebenarnya,saat saya masih lagi menjadi naqibah di bumi MMPP dahulu. Indahnya saat itu,hanya nasyid sahaja menjadi halwa telinga. Nasyid-nasyid yang membina sifat-sifat kemanusiaan dan keinsanan menjadi santapan telinga. Terasa ia benar-benar memberi kesan kepada dunia daie dan dakwah!

Peritnya kehidupan lalu. Bukan merungut jauh sekali mengeluh. Teringat jerit perit abah bekerja dengan tekunnya. Teringat qudwah hasanah ibuku,tidak menghiraukan kesihatan diri bekerja demi membantu abah menafkahkan anak-anak. Segala-galanya kalian redah dan hadapi demi anak-anak. Pada jiwa tua mereka,tiada terlintas di fikiran mahu hidup bersenang-senang seperti orang lain, mahu memakai pakaian mahal-mahal. Dalam fikiran mereka cukup anak-anak diberi pendidikan agama dan dapat belajar ke perngkat tertinggi.

Belum lagi dengan kepayahan menjaga dan menatang arwah abang bagaikan minyak yang penuh kerana kesakitan dan penderitaan penyakit yang Allah uji kepadanya. Abang, Allahummaghfirlahu warhamhu wa'fihi wa'fu'anhu ...kakak rindu abang.....May Allah bless your soul. Till we meet again, in His Jannah. Inshaallah.

Teringat juga kenangan saat saya yang sering sahaja diserang semput tidak mengira waktu. Abah orang susah, saat diserang semput kul 2,3 pagi abah bawa ke klinik ngn motosikal biru yang uzur itu. Hanya itulah sahaja kenderaan kami 8 sekeluarga. Allah,pernah kerana terlalu sesak nafas aku nyaris jatuh motosikal. Abah....

Teringat zaman kecil, tiada kemewahan jauh sekali disogok dengan kesenangan. Saat hujan,orang lain berkereta ke sekolah, saya basah lenjun! Memandang buku-buku pelajaran yang juga turut basah,saya menangis sendirian. 

Mungkin kisah saya tiada la apa sangat,cuma ianya adalah kenangan yang mendewasakan. Memandang wajah abah dan ma bagai memandang wajah dari Jannah! Tidak sanggup melupakan mereka,tidak sanggup menderhakai mereka atas segala yang telah mereka korbankan. 

Ma dan abah,kalianlah permata hati kakak. Rindu kalam hikmah ma dan abah. Tidak ternukil rasa hati ini di blog cacatan hati kakak ini. Allah sahaja saksi, kakak sayang antum! Ma sumber kekuatan yang menyalakan segala semangat dan sumbu cahaya! Tanpa ma,terasa gelap zulumat walau dalam cahaya yang bersinar. Kata ma, hidup kerana Allah, dunia diambil sekadar sahaja kerana redha dan kasih sayang Allah yang kita tagih!

Ma,doakan kami....kami masih di sini hanya kerana antum!Allah, rahmati kedua ma dan abah.... 

3 comments:

With Julia said...

Amin....
Muhasabah diri yg cukup bernilai utk kita ingati masa lampau.
Ayah dan Ibu tiada pengganti....Moga nik tabah menghadapi liku2 ujian Allah dan dugaan. InsyaAllah ada kemanisan diakhirnya...amin

wardah al basri said...

Time kasih kak jue ats doa....kesusahan dan kesakitan mengajar kita tuk jadi kuat....

Teringat pesan Nabi SAW bahawa dlm kehidupan nih,bykkan mengenangkan yang sakit,pahit dan sukar dan kurangkanlah mengingati perkara2 yg sealiran ngn nafsu syahwat,agar hidup terpimpin dan tidak terbuai ngn arus keseronokan shj...agr kuat jati diri kita...


Sekadar sebuah cacatan silam yg selalu membuat diri kuat saat terasa lemah!

CINTA_NORTH2SOUTH said...

time kasih nik...;)