Tuesday, May 24, 2011

Di Sini Kami Berteduh Karya Nurulsham Saidin

Novel terbaru koleksiku

Alhamdulillah, koleksi terbaru novel tarbiyah remaja saya berjaya saya dapatkan. Sebenarnya saya mencari novel lain, novel tarbiyah remaja Matahari karya akhi Hilal Asyraf tapi yang ini pun boleh jugalah. Saya sudah membelinya sebulan yang lalu tetapi belum habis baca lagi, baru muqaddimah. Sekarang gigih berusaha disiplinkan diri untuk cuba habiskan bacaan tapi sejak ada anak,selalunya asyik tangguh dan tangguh. Baru mula nak membaca, ada yang panggil. Baru nak sambung baca, ada yang nangis. Alahai....semuanya menguji kesabaran....

Waktu bujang-bujang dahulu-kala, novel Salju Sakinah, Sesegar Nailofar saya boleh habiskan bacaan dalam sehari sahaja dan esoknya sudah dapat idea untuk mengarang cerpen sendiri kemudian dihantar ke ruangan cerpen di akhbar-akhbar dan majalah. Beberapa kali pernah tersiar di paper tempatan dan bukan kepalang gembiranya di hati. Bukan rasa bangga kerana tersiar tetapi rasa puas dapat mengasah bakat yg terpendam. Ececeh....hahaha. Dulu time masih duk di Maahad, saya simpan keratan akhbar tu tapi tak tahu la hari ni duk kat mana. Untung kalau masih ada, boleh juga di publish kat myBustan nih....

Kata seorang mentor, kalau kita ini kurang input macam mana nak menghasilkan output. Means kalau kurang membaca, kurang menghadiri majlis-majlis ilmu, kurang berkursus menambah dan memantapkan pengetahuan, bekalan di dada, hari-hari melayan lagha sahaja, dari mana input nak datang. Ia tidak datang bergolek kepada kita. Alangkah best kalau dapat lahirkan novel tarbiyah remaja macam ini.....dapat 3 in 1. Dapat pahala menyebarkan ilmu (kira macam mengajarkan orang ilmu yg bermanfaat) kepada para pembaca novel kita, dapat menjadi 'pelajar' yang dapat menambah ilmu di dada  sendiri dan yang satu lagi tuh sahabat-sahabat tolong fikirkan yea.

Time balik kampung, singgah kejap kat Petronas isi minyak suami saya belikan majalah Solusi. Tersangatlah menarik isi-isinya. Saya jadi teringat akan Majalah Muslimah tahun 1990-an dahulu. Penuh tarbiah dan dakwah buat pembaca.

Solusi ~ Mei 2011

Yang ini sudah habis baca. Time tunggu Najmie balik dari umah pengasuh saya baca. Alhamdulillah sempat baca habis juga, kalau tidak mahu bising mulut suami saya memberi tazkirah mau'izah tanpa letih dan jemu. Bak kata suami, belinya banyak tapi tak baca-baca. Paling sedihkan macam itu, beli kemain bertimbun-timbun tapi bacanya tidak. Mungkin itu satu bentuk pembaziran juga. Bersama fikirkan....

So sahabat semua boleh dapatkan Majalah Solusi yea. Insya Allah tidak rugi menjadi ulat buku! Selamat membaca.

Thursday, May 19, 2011

Abang Imiey

Alhamdulillah,tak sedar pantasnya masa berlalu. Anak mama dah setahun 2 bulan. Lasak tapi manja a.k.a. penakut bunyi guruh. Elok-elok tengah main,kalau bunyi guruh, boleh dia tiba-tiba menangis cepat-cepat cari kita kat dapur.

Pada umurnya setahun cm ni,saya ada juga mengajar dia huruf-huruf hijaiyah. Alhamdulillah, dia sudah boleh hafal beberapa huruf walaupun bunyinya 'lain macam' tapi saya tahu, dgn keterbatasannya bertutur,najmie cuba menyebut huruf-huruf yang saya maksudkan. Saya ajar dia berdikari, membantu saya setakat apa yang termampu pada kudrat kecilnya. Tak boleh lupa,baba sibuk mengajar dia pun pegang pen, rotan, pakai kopiah nak ajar kakak-kakak dan abang-abang. Alahai imiey.....

Sedikit photo abang imiey time 'membuas'.....

Penat,ape lagi....ZzzZzZzz


'Mengukas' pahtu mulalah xboleh nk turun...ekekeke


Dah belengas,nak mandi lak...


Saya baru balik kerja, @8.45 p.m. Kasihan anak mama,kasihan juga baba,mama baru duduk hilangkan penat,dia datang ngn botol susu mahu menumpang tidur.


Time tunggu baba nih.....

JM Bariani time....


Gambar-gambar lama nih.....Mudah-mudahan Najmie jadi anak soleh. Mama doakan juga campur tangan Allah dalam mendidik dan mengasuhmu.....mengharapkan kekangan masa dan sejuta kelemahan mama dan baba, tentu tiada mampu mendidikmu sebaiknya tapi dengan bantuan Allah, mama yakin insya Allah pasti boleh!
~Love u Jundi~

Wednesday, May 18, 2011

Repost ~ Manisnya Merinduimu Zauji~


Ya Allah,lega rasa dihati Tuhan sahaja yang tahu.Seminggu 'diperam' di Puteri Resort Ayer Keroh,Melaka terasa bagaikan setahun lamanya.Saya baru sahaja pulang dari kursus induksi di sana.Saat saya sampai di hadapan pintu pagar rumah,saya lihat rumput tumbuh meliar.Terasa kesunyian menghampiri jiwa saya perlahan-lahan.

Seminggu juga saya meninggalkan suami menguruskan pakai dan makannya sendiri.Saat saya sampai rumah,lewat tengahari Sabtu, suami saya tiada di rumah.Ingatkan dapatlah dia jemput saya di JPM Putrajaya tetapi sebaliknya.Saya terpaksa melalui perjalanan yang meletihkan.dari Putrajaya Sentral ke KL Sentral naik ERL.Perjalanan agak lengang dan selesa.Tukar tren Putra dari KL Sentral ke Teminal Gombak suasana agak merimaskan.Agak sesak dengan orang ramai yang mahu ke destinasi masing-masing.Seorang penumpang memberi saya duduk.Mungkijn dia kasihan melihat saya dengan tiga buah beg.Katanya dia dari Kelantan tidak biasa naik tren,datang ke KL semata-mata mahu menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Bukit Jalil, Kelantan melawan Selangor malam ini(hari Sabtu malam Ahad).Saya mengiyakan sahaja.Rupanya itu yang menambah sesak bandar raya Kuala Lumpur hari ini.

Turun tren,saya naik teksi baru sampai rumah,dengan tiga buah beg tetapi alhamdulillah,saya berjaya juga sampai.Suami saya dengan kerja mulianya.Sekolahnya ada pertandingan Tilawah al-Quran peringkat negeri Selangor, dari pagi membawa ke petang.

Semoga suamiku sentiasa terlorong ke jalan yang mulia,berkhidmat untuk agama-Mu.

Gambar semasa induksi masih belum dapat diupload di sini.Saya mengurut dada menahan sabar,PC ada virus.Pen drive tak boleh nak detect.Inilah akibat saya yang cuai semasa menggunakannya.Walaupun semua gambar sudah ada dalam laptop saya.

Saya lihat makanan tidak terusik.Kerepok,air oren kegemaran dia yang saya tinggalkan dalam peti ais seminggu yang lalu juga tidak terusik.Namun hati saya yang terusik,terusik dan tersentuh.Sewaktu saya masih berkursus,saban malam dia menelefon memberitahu saya bahawa dia makan itu dan ini hanyalah tidak lebih sekadar menyedapkan hati saya.

Tetapi saya tidak menyalahkan dia.Kalau sayapun,mungkin juga hilang selera makan.Makan sendirian,semuanya tidak enak dan sedap.Air manis pun jadi tawar.itulah realiti sebuah kehilangan tidak kira hilang sementara apatah lagi hilang selamanya.Teringat pada abang ipar saya,semoga terus diberi ketabahan.Kehilangan isteri tersayang saat semua masih memerlukan beliau,apatah lagi anak kecil berusia 8 bulan yang terlalu naif untuk mengerti hakikat sebuah kematian.

Saya melihat kain baju yang saya tinggalkan minggu lalu tidak berlipat semuanya kemas di atas rak.Ada rasa syukur dan hiba mengalir jauh di lubuk hati.Saya menghantar rindu dalam hiba yang menghuni hati.Semuanya membuatkan saya dilamar rindu.

Saya rindu pada harum minyak atar kegemarannya,rindu pada akhlak baiknya,rindu pada senyum dan tutur katanya yang berhikmah.

Kembara kali saya kali ini saya tamatkan dengan membukakan pintu saat dia pulang dari sekolah.Tangan dia saya kucup,ubat penghapus rindu.Kami berbalas senyum.Senyuman yang berkata-kata bagi pihak hati kami.

Mudah-mudahan Allah terus rahmati dan berkati kami.Jauhkan kami dari yang fahsya' dan munkar.

Kami cuma hamba-Mu,memohon hidup kami yang sementara ini dipimpin dalam hidayah dan keampunan-Mu.

Usrati Jannati!

~post at Kembara Fitrah 27 April 2009~