Tuesday, May 24, 2011

Di Sini Kami Berteduh Karya Nurulsham Saidin

Novel terbaru koleksiku

Alhamdulillah, koleksi terbaru novel tarbiyah remaja saya berjaya saya dapatkan. Sebenarnya saya mencari novel lain, novel tarbiyah remaja Matahari karya akhi Hilal Asyraf tapi yang ini pun boleh jugalah. Saya sudah membelinya sebulan yang lalu tetapi belum habis baca lagi, baru muqaddimah. Sekarang gigih berusaha disiplinkan diri untuk cuba habiskan bacaan tapi sejak ada anak,selalunya asyik tangguh dan tangguh. Baru mula nak membaca, ada yang panggil. Baru nak sambung baca, ada yang nangis. Alahai....semuanya menguji kesabaran....

Waktu bujang-bujang dahulu-kala, novel Salju Sakinah, Sesegar Nailofar saya boleh habiskan bacaan dalam sehari sahaja dan esoknya sudah dapat idea untuk mengarang cerpen sendiri kemudian dihantar ke ruangan cerpen di akhbar-akhbar dan majalah. Beberapa kali pernah tersiar di paper tempatan dan bukan kepalang gembiranya di hati. Bukan rasa bangga kerana tersiar tetapi rasa puas dapat mengasah bakat yg terpendam. Ececeh....hahaha. Dulu time masih duk di Maahad, saya simpan keratan akhbar tu tapi tak tahu la hari ni duk kat mana. Untung kalau masih ada, boleh juga di publish kat myBustan nih....

Kata seorang mentor, kalau kita ini kurang input macam mana nak menghasilkan output. Means kalau kurang membaca, kurang menghadiri majlis-majlis ilmu, kurang berkursus menambah dan memantapkan pengetahuan, bekalan di dada, hari-hari melayan lagha sahaja, dari mana input nak datang. Ia tidak datang bergolek kepada kita. Alangkah best kalau dapat lahirkan novel tarbiyah remaja macam ini.....dapat 3 in 1. Dapat pahala menyebarkan ilmu (kira macam mengajarkan orang ilmu yg bermanfaat) kepada para pembaca novel kita, dapat menjadi 'pelajar' yang dapat menambah ilmu di dada  sendiri dan yang satu lagi tuh sahabat-sahabat tolong fikirkan yea.

Time balik kampung, singgah kejap kat Petronas isi minyak suami saya belikan majalah Solusi. Tersangatlah menarik isi-isinya. Saya jadi teringat akan Majalah Muslimah tahun 1990-an dahulu. Penuh tarbiah dan dakwah buat pembaca.

Solusi ~ Mei 2011

Yang ini sudah habis baca. Time tunggu Najmie balik dari umah pengasuh saya baca. Alhamdulillah sempat baca habis juga, kalau tidak mahu bising mulut suami saya memberi tazkirah mau'izah tanpa letih dan jemu. Bak kata suami, belinya banyak tapi tak baca-baca. Paling sedihkan macam itu, beli kemain bertimbun-timbun tapi bacanya tidak. Mungkin itu satu bentuk pembaziran juga. Bersama fikirkan....

So sahabat semua boleh dapatkan Majalah Solusi yea. Insya Allah tidak rugi menjadi ulat buku! Selamat membaca.

1 comment:

Siti Salha Rosman said...

Saya pun suka baca Solusi. Tapi jarang-jarang baca. Pengisiannya sangat bagus, banyak hadis dan panduan fardhu ain. InsyaAllah, lepas ni nak kena rajin baca!