Tuesday, July 19, 2011

Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali:Sebutir Mutiara Yang Hilang

Sayu dan sebak berkumpul dalam dada. Tanpa sedar,air mata mengalir di pipi perlahan-lahan. Suram dan sugul saat mendapat khabar perginya sri kandi,mujahidah Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali menghadap Allah SWT pada malam 17 Julai 2011. Selepas ini tiada lagi bayangan tampang batang tubuhnya, tiada lagi lantang suaranya...tiada lagi....

al-Fatihah buatmu.....berehatlah dari kelelahan dan mehnah dunia....Sungguh,dikaulah Lo'Lo'.......mutiara yang menyinar dalam mendaulahkan ad-Din.

Terasa bagai tidak percaya. Terasa bagai dia masih ada..... Sekelumit kenangan zaman kanak-kanakku. Dr. Lo'Lo' pada awal kemuculannya tahun 1990-an,beliau kerap kali juga muncul dalam majalah kegemaran saya iaitu Muslimah,melontarkan pelbagai hujah dan pandangan beliau. Saya tanya abah saya,kenapa nama orang ini pelik abah? Namanya Lo'Lo'....ada maksudkah?

Jawabnya abah saya,nanti abah hantar ke sekolah arab, belajar bahasa arab sungguh-sungguh...nanti kakak akan jumpa apa maksudnya Lo'Lo'....

Jauh dari kenangan hari-hari semalam,saya sudah menemukan jawapannya. Lo'Lo' itulah PERMATA, MUTIARA.....

Semoga Allah merahmati Dr. Lo'Lo,tempatkanlah beliau di kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh....jadikan segala yang diusahakan semasa hayatnya menjadi bekal, menjadi amal solehnya yang dibawa pulang menghadapmu ya Allah....ku rindu pada suara-suara lantangmu di Dewan Rakyat....dan yang pasti selepas ini, semuanya sudah tidak ada.....~Nostalgia~

2 comments:

kuli al-khaliq said...

allahurabbi..myb suaranya sudah tdk bergema..tetapi semangat dan tarbiyyah yg ditunjukkan pd anak2 muda pasti akan bergema...meninggalnya seorang syuhada..akan datang beribu2 bakal2 syuhada...

merindui bicaranya..yg mengajar aku bagaimana seorang al-mar’ah min athaurah ila an-nahdhah...

Nik Shikin said...

Doakan dia disantuni Tuhan di sana.....