Wednesday, March 14, 2012

Terinspirasi Dengan Dirimu : Oki Setiana Dewi.....

Oki Setiana Dewi

Allhamdulillah....alhamdulillah, wa syukur lillah.....lama tidak singgah di sini.... semangat tuk 'istiqamah' menulis di sini hilang entah ke mana.... mungkin baanamij seharian menguruskan anak dan suami, mendepani tugas rutin kerja-kerja di opis memberikan saki baki masa untuk bertamu di sini menjadi terlalu terbatas.... Namun setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah, selawat dan salam buat khatamun nabiy SAW..... nikmat kelapangan masa, nikmat kesihatan dan keafiatan diri adalah terlalu besar untuk didustakan kita sebagai hamba yang lemah lagi kerdil.....

Alhamdulillah, walau sudah bertahun jadi anak perantau di Kuala Lumpur namun perkembangan di Serambi Mekah, tanah tumpah darahku tidak sesekali dilupakan. Walau selalu sahaja tidak dapat pulang ke kampung atas sebab waajibat terhadap anak-anak didik yang Ustazah (layakkah digelar murabbi? Insya Allah, mohon Allah bagi kekuatan buat diri ini) sayangi di Kuala Lumpur, tidak mengapa. Mohon Allah berikan yang terlebih baik atas apa-apa jua yang tidak termampu atas kudrat lemah hamba walau telah dicuba sedaya mungkin untuk meraih redha-Mu.....

Pada 9 Mac, walau tidak dapat balik Kelate tapi dapat tengok juga Program Bicara Selebriti anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di youtube dan dapat juga mengutip ilmu dari program itu. Bagi yang belum berkesempatan melihatnya, jom layan videonya ni bila-bila sahaja punya kelapangan masa dan waktu yea....


Jemput sahabat-sahabat dengan hidangan ruhiyyah ini...insya Allah kenyang dan lazat ;)

Subhanallah, maha suci Allah, di antara panelis yang diundang itu, hati tertarik pada bicara Oki Setiana Dewi. Boleh dikatakan punya pakej yang lengkap untuk jadi ikon, qudwah hasanah untuk kita semua. Mungkin kerana asalnya dia dari orang-orang yang biasa sahaja tahap pemahaman agamanya dan kemudian dia bertuah saat disapa angin hidayah Allah.....hasilnya, kini dia seorang artis di Indonesia yang sangat berpegang kepada prinsip yang dia pegang, 'memaksa diri menerima tarbiyyah'. Katanya seminggu sekali, walau sesibuk mana pun dia dengan urusan duniawi, dia pasti menghadirkan diri ke majlis ilmu untuk bersama-sama dalam biah atau suasana yang soleh untuk recharge balik iman, untuk rawat dan pulihkan dan lantas meningkatkan iman dalam diri. Katanya dia berteman dengan sesiapa sahaja, tetapi dia hanya bersahabat dengan orang-orang yang akan membuatkan dirinya cemburu akan ketaatannya kepada Allah SWT. Oki oh Oki....

Kata-katanya jelas mempamerkan kecintaannya kepada agamanya....dialah muslimah, dialah permata... Paling sedikitpun, kalaulah Allah juga menghadirkan sekelumit perasaan cinta dan kasihku kepada agama seperti mana yang Oki rasakan, sudah cukup bagiku untuk turut menjadi insan yang sangat bertuah ditakdirkan hidup dan mati menjadi muslimah solehah.....

Melihat raut wajahnya, mendengar kata-katanya dari hati, perlahan-lahan rasa sayu terbit. Jelas terpancar sifat orang-orang yang merendah diri, bagai terasa wangian mahmudah mengharumi seluruh dirinya....kurasakan keikhlasannya dalam tiap tutur katanya...



Sebaik-baik kesenangan ialah wanita solehah......


Photo: Dari FB Oki....

Saya teringat di akhir program bual bicara Bicara Selebriti ada seorang hadirin bertanya kepada Oki, apakah ertinya cinta.... Saya lantas jadi teringat akan tulisan Habiburrahman dalam novelnya: Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri menjadi mawar, mengubah cuka menjadi anggur, mengubah sedih menjadi ria, mengubah amarah menjadi ramah, mengubah musibah jadi muhibah.

Sungguh, pada satu sisi yang lain Oki ialah simbolik cinta itu. :)

Mbak Oki, semoga Allah kurniakan kamu ISTIQAMAH dan sekeping hati yang selalu cinta kepada agama! Salam perjuangan :)



No comments: