Thursday, July 12, 2012

Riadhah @t Tasik Titiwangsa With Mak Su Najmie

Alhamdulillah.....wa syukur lillah....
Hari-hari busy telah berlalu pergi, ribut dan kabut dengan Dewan Rakyat yang selalu sahaja usai hingga dinihari beberapa minggu yang lalu telah berakhir buat seketika, berlalu pergi hari-hari keletihan, hari-hari kepenatan, hari-hari yang merencatkan sedikit kebiasaan kami....

Alhamdulillah, Allah bagi kelapangan masa, Allah beri kerehatan untuk recharge mawaddah dan istitha'ah diri kami walau dalam padat jadual kelas mengaji, ngn kelas tuisyen baba, mengurus gerai jualan kat karnival sukan sekolah Al-Huda, dapat juga keluar beriadhah, bawa si kecik Najmie jalan-jalan kat Tasik Titiwangsa seawal kul 7 pagi, seronok sangat dia dapat jalan, dapat main gelongsor....
Lepas ni, kalau mama dan baba start kembali menyambung pengajian kami, Sabtu Ahad buat Najmie mungkin menjadi hari yang tiada erti lantaran menjadi penghuni setia rumah Ibu, pengasuh Najmie yang sangat baik itu. Allah mudah-mudahan memberi kami semua kesabaran, kekuatan menempuhi rutin kehidupan yang menuntut jutaan tabah :)
Sedikit gambar tuk dikongsikan....layannn

Usrati
::Baba + Mama + Najmie::


Mak Su Najmie :)




Sedikit masa yang berkualiti bersama keluarga lebih bernilai dari apa pun.....Mari cari kasih sayang Allah dengan berkasih sayang sesama kita...... :)

2 comments:

With Julia said...

Masa berkualiti dengan anak dan keluarga adalah masa yg x boleh dibeli dengan wang ringgit sekalipun...sgt2 berharga kan dik nik...suka tgk nik sekeluarga luang masa di titwangsa...lama betul x pi sana...maksu pun join sekali eh...best2 :)

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

salam kak nik... is folo sini na (^___^)